MALAYSIA
  
            PM Anwar ziarah bekas Bendahari ABIM di hospital
Anwar menzahirkan rasa syukur dan gembira melihat Syed Ibrahim dalam keadaan baik. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
            
      KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menziarahi sahabat lama yang juga bekas Bendahari Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Syed Ibrahim Syed Abdul Rahman di hospital.
Menerusi catatan di laman Facebook, Anwar menzahirkan rasa syukur dan gembira melihat Syed Ibrahim dalam keadaan baik.
"Sempat bicara panjang dengan beliau dan keluarga, terutamanya kenangan ketika bersama-sama dalam gerakan belia Islam dan aktivisme suatu ketika dahulu.
"Mendoakan saudara Syed Ibrahim segera sembuh dan dikurniakan keafiatan berpanjangan, Insya-Allah," katanya.
-- BERNAMA