awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Kelantan buru wanita warga asing dalangi sindiket ganja, tiga suspek ditahan
VM2026: Malaysia sasar 4.6 juta pelancong Indonesia
Lebih 40,000 pelajar pedalaman manfaat MyRailLife, bergantung kepada tren KTMB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM arah kedutaan segera bantu seorang rakyat Malaysia yang terkandas di Itali

Bernama
Bernama
01/07/2025
16:12 MYT
PM arah kedutaan segera bantu seorang rakyat Malaysia yang terkandas di Itali
Anwar berkata beliau juga telah memaklumkan perkara itu kepada Kementerian Luar untuk memastikan tindakan sewajarnya diambil. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meminta Kedutaan Malaysia di Itali untuk mengambil tindakan segera membantu seorang rakyat negara ini iaitu Dalila Zaidi yang terkandas di Milan selepas pasportnya dicuri.
Anwar berkata beliau juga telah memaklumkan perkara itu kepada Kementerian Luar untuk memastikan tindakan sewajarnya diambil.
Beliau berkata demikian menerusi ciapan balas kepada seorang pengguna di aplikasi X dikenali sebagai @daalilaz yang meminta pertolongan untuk menyelesaikan isu dihadapinya susulan kehilangan pasport akibat dicuri sewaktu berada di Milan.
"Salam PMX @anwaribrahim, my name is Dalila Zaidi and I'm a Malaysian currently stranded in Milan after my passport was stolen in the afternoon yesterday, 30 June 2025 near Santa Sofia station...I truly appreciate your attention to this," katanya.
Ciapan itu mendakwa Dalila sudah berusaha mendapatkan Sijil Perjalanan Kecemasan daripada Kedutaan Besar Malaysia di Rom namun dimaklumkan urusan terbabit tidak dapat dilaksanakan susulan ketiadaan pegawai untuk menandatangani dokumen yang diperlukan.
Menurutnya, ketiadaan pegawai bagi menguruskan permohonan itu juga difahamkan berkait dengan lawatan rasmi Perdana Menteri ke Itali bermula hari ini.
Terdahulu, pesawat khas yang membawa Perdana Menteri serta delegasi beliau ke Itali berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 2.15 petang dan Wisma Putra memaklumkan lawatan dari 1 hingga 3 Julai itu adalah atas undangan rakan sejawat Anwar iaitu Giorgia Meloni.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
#Kedutaan Malaysia di Itali
#rakyat Malaysia
#terkandas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan