MALAYSIA
PM arah PDRM semak larangan keluar negara Fahmi Reza
Fahmi Reza mendakwa dilarang ke luar negara ketika ingin ke Singapura, semalam. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah mengarahkan Timbalan Ketua Polis Negara untuk menyemak isu larangan ke luar negara yang dikatakan dikenakan terhadap aktivis dan pereka grafik, Fahmi Reza.
Ringkasan AI
Menurut kenyataan media Pejabat Perdana Menteri, kerajaan MADANI menjunjung tinggi prinsip kebebasan individu selagi tidak menjejaskan keselamatan negara atau melanggar undang-undang sedia ada.
"Oleh itu, pihak PDRM perlu memberikan penjelasan lanjut mengenai perkara ini.
"Pejabat Perdana Menteri akan terus memantau perkembangan ini dengan sewajarnya," kata kenyataan itu.
BACA: Dilarang ke luar negara: ‘Apa kesalahan aku?’ - Fahmi Reza tuntut jawapan
Fahmi Reza semalam meluahkan rasa kecewa apabila dilarang ke luar negara ketika ingin menaiki penerbangan ke Singapura dari KLIA2 untuk menonton konsert.
Dia mendakwa, dimaklumkan oleh pegawai Imigresen bahawa namanya telah disenaraihitamkan atas arahan Bukit Aman, namun tidak diberikan sebarang alasan rasmi.
Insiden ini berlaku hanya seminggu selepas beliau turut dihalang memasuki Sabah, dipercayai berkaitan kritikannya terhadap pelantikan Tun Musa Aman sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah.
Fahmi menyifatkan tindakan itu sebagai satu bentuk sekatan terhadap kebebasan bersuara dan menyifatkannya sebagai “hadiah hari jadi yang tidak akan dilupakan”.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengarahkan Timbalan Ketua Polis Negara menyemak isu larangan ke luar negara terhadap Fahmi Reza, sambil menegaskan kerajaan MADANI menjunjung prinsip kebebasan individu selagi tidak menjejaskan keselamatan negara atau melanggar undang-undang.
- Fahmi Reza mendakwa dilarang ke luar negara ketika ingin ke Singapura dan dimaklumkan namanya disenaraihitamkan atas arahan Bukit Aman, tanpa sebarang alasan rasmi.
- Insiden ini berlaku seminggu selepas beliau turut dihalang memasuki Sabah, dipercayai berkaitan kritikannya terhadap pelantikan Tun Musa Aman sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah, dan disifatkan sebagai sekatan terhadap kebebasan bersuara.