SELAYANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan berita baik buat peniaga Menu Rahmah pada Selasa depan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, berita baik itu adalah berkaitan harga bahan mentah lebih rendah buat 1,700 peniaga menu tersebut yang berdaftar dengan kementerian.
Menurutnya, KPDN sedang melakukan pelbagai libat urus dalam memastikan hasrat itu tercapai dan beliau yakin ia akan dapat diselesaikan segera dan bakal diumumkan Perdana Menteri pada Selasa nanti.
"Libat urus akan terus diadakan supaya pasar raya besar boleh juga berikan tawaran Rahmah kepada semua peniaga Menu Rahmah.
"Mungkin mereka akan diberi kad, atau ada pengenalan khas untuk mereka. Bila mereka tunjuk kad yang KPDN akan pastikan kesahihannya, mereka boleh pergi ke pasar raya yang mengambil bahagian.
"Di sana, mereka akan dapat beli dengan harga lebih rendah daripada harga biasa," katanya.
Tambah beliau, berdasarkan cadangan kementerian, peniaga akan mendapat harga lebih rendah untuk barangan asas seperti beras, ayam, sayur dan bahan lain seperti bawang, halia, lada.
Katanya lagi, perincian barangan dan mekanisme masih lagi dalam perbincangan dan akan diumumkan pada Selasa nanti.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan lawatan di sebuah pasar raya di sini sempena Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2023 pada Sabtu.
"Insya-Allah ini berita gembira dalam pakej berita gembira yang Perdana Menteri akan umumkan Selasa ini.
"Kami adakan sedikit libat urus dengan beberapa industri, yang dah setuju pun ada.
"Jika ada kesepakatan, PM akan umum berita gembira kepada peniaga Menu Rahmah pada Selasa ini," ujarnya.
Ridauddin Daud
Sat Apr 15 2023
Salahuddin melakukan lawatan di sebuah pasar raya di Selayang sempena Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2023 pada Sabtu. - Foto Astro AWANI
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Pindaan Akta 655 perkenal hukuman berat, kesalahan baharu
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bentangkan pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) dengan memperkenalkan hukuman lebih berat dan kesalahan baharu.
KPDN Selangor, kerajaan negeri teliti pelaksanaan kad diskaun galak peniaga terus tawarkan Menu Rahmah
KPDN Selangor bekerjasama dengan kerajaan negeri memperinci mekanisme kad diskaun bagi peniaga Menu Rahmah.
Permohonan, kelulusan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah dipermudah - KPDN
Seramai 2,800 pengusaha yang menawarkan Menu Rahmah di premis mereka sebelum ini akan mendapat Kad Diskaun Khas Menu Rahmah secara automatik.
Kad Diskaun Khas Menu Rahmah tawar diskaun 40 peratus belian barangan keperluan perniagaan
Beban peniaga makanan menyediakan Menu Rahmah berikutan kenaikan harga barang boleh diatasi, apabila mereka memohon dan menggunakan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah.
Dua stesen minyak tanpa subsidi khusus untuk warga asing di Kelantan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan telah meluluskan cadangan pembinaan dua stesen minyak tanpa subsidi khusus untuk jualan kepada warga asing.
Peniaga bukan Islam di Perak digalak daftar Program Menu Rahmah
Program Menu Rahmah tidak terhad kepada sesuatu kaum kerana semua pihak yang menjual makanan pada harga bawah RM5 boleh menyertainya.
43 permohonan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah setakat ini - Fuziah
Dari segi jumlah pengusaha pula, lebih 2,800 pengusaha menawarkan Menu Rahmah sehingga kini.
Kerajaan perkenal kad diskaun khas peniaga Menu Rahmah esok
Pelaksanaan itu dibuat bagi membolehkan peniaga membeli bahan mentah dengan harga lebih murah.
Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen syor tingkat peruntukan Jualan Rahmah
Syor yang dibuat selepas mesyuarat pada Selasa adalah bagi membantu lebih ramai rakyat dalam meringankan beban kos sara hidup.
Pengganti Salahuddin diumum selepas PRN, Armizan pangku tugas Menteri KPDN - PM Anwar
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak Dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali diarahkan untuk memangku tugas Menteri KPDN buat sementara waktu.
PM Anwar umum peruntukan tambahan RM50 juta untuk perluas inisiatif Rahmah
Perdana Menteri menjelaskan, beliau mahu inisiatif itu diperluaskan berdasarkan kejayaan awal program itu yang menunjukkan hasil memberangsangkan.