MALAYSIA

PM bakal umum satu lagi berita baik sempena Aidilfitri

Sinar Harian 11/04/2023 | 16:07 MYT
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan satu lagi berita baik menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun ini. - Gambar fail/BERNAMA
SHAH ALAM: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan satu lagi berita baik menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Perkara tersebut dimaklumkan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming melalui ciapannya di Twitter.
“Kerajaan perpaduan akan membawa satu lagi berita baik yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
“Nantikan!” katanya dalam hantaran pada Selasa.
Menurut tinjauan Sinar Harian di ruangan komen Twitter Kor Ming, rata-rata mereka mengharapkan berita tersebut adalah berkenaan pemberian tol secara percuma.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim #berita baik #Hari Raya Aidilfitri #Nga Kor Ming