awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parti PM Takaichi dijangka raih kemenangan besar - Kajian Asahi
Bekas menteri UK keluar Parti Buruh susulan pendedahan baharu Epstein
Warga emas, cucu rentung dalam kebakaran rumah pekerja di Bintulu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM berangkat ke Mesir, lawatan rasmi jemputan Abdel Fattah El-Sisi

Astro Awani
Astro Awani
09/11/2024
08:30 MYT
PM berangkat ke Mesir, lawatan rasmi jemputan Abdel Fattah El-Sisi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke Kaherah, Mesir bagi mengadakan lawatan rasmi atas jemputan Presiden Abdel Fattah El -Sisi pada Sabtu petang. - Gambar/ IG Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke Kaherah, Mesir bagi mengadakan lawatan rasmi atas jemputan Presiden Abdel Fattah El-Sisi pada Sabtu petang.
Menerusi catatan di Facebook, Anwar berkata, beliau kemudian akan ke Riyadh, Arab Saudi bagi menghadiri Sidang Kemuncak Negara Arab-Islam yang akan membincangkan situasi terkini di Palestin dan Lubnan, serta perkembangan serantau.
"Doakan perjalanan saya dan delegasi Malaysia dipermudah serta kesemua pertemuan yang akan berlangsung dapat membawa hasil yang besar kepada rakyat dan negara, Insya-Allah," katanya.
Dalam kenyataan sama, Anwar berkata, usai rencana di Kaherah dan Riyadh, beliau akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2024 di Lima, Peru.
Seterusnya delegasi Malaysia akan ke Rio de Janeiro, Brazil bagi memenuhi undangan Presiden Luiz Inacio Lula da Silva untuk menghadiri Sidang Kemuncak G20.
Terdahulu, Duta Besar Malaysia ke Mesir, Datuk Mohd Tarid Sufian memaklumkan lawatan rasmi empat hari Anwar Ibrahim ke Mesir mulai hari ini bakal melakar sejarah penting hubungan persaudaraan Malaysia dan Mesir.
Beliau berkata ini kerana lawatan atas jemputan Presiden Abdel Fattah El-Sisi itu, akan membuka ruang untuk mempelbagai dan mengukuhkan kerjasama serta memperkukuh asas yang menjadi sinergi ke atas usaha-usaha meneliti pelbagai isu serantau dan global yang berkepentingan bersama.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Mesir
#lawatan rasmi
#Presiden Abdel Fattah El-Sisi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan