VIENTIANE: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan agenda lawatan rasmi dua hari beliau ke Laos pada Isnin dengan mengadakan perjumpaan dengan beberapa pemimpin pertubuhan Islam di negara ini.
Anwar yang tiba di ibu negara Laos petang Isnin, bertemu dengan penasihat eksekutif Persatuan Mempromosikan Perpaduan Zakkir Malimar serta naib presiden Pertubuhan Islam Laos Imam Sofi Sengsone dan naib presiden pertubuhan itu Med Komphavong, di sebuah hotel di sini.
Turut hadir pembantu naib presiden pertubuhan itu Azizullah Khan Thamahaksa.
Sesi yang bermula pukul 8.10 malam itu berlangsung selama kira-kira 40 minit dengan perbincangan berkisar kepada isu-isu Ummah.
Zakkir ketika ditemui selepas mesyuarat tertutup itu berkata antara yang dibincangkan adalah mengenai terjemahan al-Quran ke dalam bahasa Lao, pendidikan untuk kanak-kanak Islam Laos, pertukaran ilmu dan budaya.
"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana sudi datang ke Laos. Kami amat berbangga dengan kesudian seorang pemimpin peringkat tinggi untuk berjumpa dengan kami.
"Alhamdulillah, ini adalah kali pertama kami menerima maklum balas positif daripada mana-mana negara Islam. Kami amat berbangga dengan kehadiran Perdana Menteri (Malaysia) di sini," katanya kepada media Malaysia.
Sementara itu Azizullah berkata Anwar sangat berminat dan positif untuk mengetahui lebih lanjut mengenai masyarakat dan organisasi Islam di Laos.
"Beliau bertanya kepada kami mengenai keadaan kami di sini. Beliau juga bertanya sekiranya terdapat terjemahan al-Quran di sini, dan dia berhasrat untuk membantu walaupun sebelum kami meminta sebarang bantuan," katanya.
Turut hadir dalam perjumpaan itu ialah Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Duta Besar Malaysia ke Laos Edi Irwan Mahmud.
Anwar sedang dalam lawatan rasmi dua hari ke Laos mulai Isnin, yang merupakan lawatan pertama beliau ke negara anggota ASEAN itu selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 24 Nov tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 26 2023
Anwar memulakan agenda lawatan rasmi dua hari beliau ke Laos dengan mengadakan perjumpaan dengan beberapa pemimpin pertubuhan Islam di Vientiane, 26 Jun 2023. --fotoBERNAMA
Perodua Masters: Hampir 300 pemain bakal berentap dalam edisi 2024
Biarpun pusingan kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 sudah berakhir, namun kejohanan itu tetap berjaya menarik penyertaan bintang dalam Top10 ranking dunia.
Sistem pendidikan harus di depan, terajui digitalisasi
Apa yang dibimbangi ketika ini ialah jika sistem pendidikan mampu bergerak seiring dengan kepesatan pembangunan khususnya dalam teknologi digital.
Lebih 1,000 individu ditahan di Kelantan
Polis menahan sejumlah 1,488 individu atas pelbagai kesalahan dadah dalam Operasi Tapis Bersepadu di seluruh Kelantan bagi tempoh 29 April hingga 15 Mei.
Lima lagi lebuh raya setuju laksana SPT September ini
Enam lagi lebuh raya bersetuju melaksanakan Sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka (SPT) bermula September ini.
Lawrence Wong terima ucapan tahniah pemimpin dunia
Wong menyatakan harapan agar dapat menjalinkan kerjasama bagi meningkatkan kerjasama dua hala dan serantau.
Anwar mulakan lawatan rasmi ke Kazakhstan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan rasmi dua hari ke Kazakhstan dengan mengunjungi Masjid Besar Astana yang terletak di sepanjang Laluan Sutera di Astana.
Pelancong Jerman lemas di Pulau Perhentian
Insiden berlaku ketika Dr Loosen- Freiling Iris, 74, mandi bersama suaminya di pulau peranginan itu pada kira-kira 3.30 petang Khamis.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 16 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dua beregu negara mara ke suku akhir Terbuka Thailand
Dua beregu lelaki negara mara ke suku akhir Terbuka Thailand 2024 selepas memenangi perlawanan pusingan kedua masing-masing yang berlangsung di Stadium Nimibutr di sini hari ini.
PM bertemu dengan beberapa pemimpin pertubuhan Islam Laos
Sesi yang bermula pukul 8.10 malam itu berlangsung selama kira-kira 40 minit dengan perbincangan berkisar kepada isu-isu Ummah.