KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan pemeriksaan mengejut di dua buah sekolah hari ini semasa menghadiri program di Sekinchan, Selangor.
Dua sekolah berkenaan ialah Sekolah Rendah Agama Ehyaul Falah dan Sekolah Kebangsaan Seri Makmur yang terletak dalam kawasan Parlimen Sungai Besar.
"Saya hadir ke dua buah sekolah tersebut untuk melihat bagaimana anak-anak kita belajar dan menghargai ilmu serta menyantuni para guru," kata Perdana Menteri menerusi catatan di Facebooknya hari ini.
Anwar berkata sebelum pulang beliau sempat memeriksa tandas sekolah untuk meninjau bagaimana pihak sekolah menjaga kebersihan dan apakah keperluan dan kemudahan asas berfungsi dan mencukupi.
"Saya amat berharap anak-anak ini dapat belajar bersungguh-sungguh dan hormati para guru serta wajib jaga kebersihan," katanya.
Bulan lepas Perdana Menteri membangkitkan mengenai isu tandas sekolah kotor yang disifatkannya sebagai tidak berkesudahan.
Menurut Anwar beliau mengetahui mengenai keadaan tandas sekolah yang kebanyakan rosak dan kotor namun kemudahan asas itu kekal tidak terjaga seolah-olah dibiarkan pihak yang bertanggungjawab sehingga ada murid tidak ke tandas sepanjang waktu persekolahan.
Perdana Menteri juga dilapor telah mengarahkan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek untuk membuat semakan mengenai perkara itu.
Anwar sebelum ini turut dilaporkan berkata anak-anak di sekolah perlu dididik aspek kebersihan termasuk dilatih melaksanakan aktiviti mencuci tandas sebagai satu daripada aspek pembelajaran dan ia perlu dilaksanakan tanpa mengira kedudukan ibu bapa mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 18 2023
Dua sekolah berkenaan ialah Sekolah Rendah Agama Ehyaul Falah dan Sekolah Kebangsaan Seri Makmur yang terletak dalam kawasan Parlimen Sungai Besar. - Gambar FB Anwar Ibrahim
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
KPM peruntuk lebih RM134 juta selenggara tandas SBK tahun ini - Wong
Lebih RM134 juta diperuntukkan kepada 1,919 Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) bagi projek menaik taraf serta menyelenggara tandas sekolah.
Tandas baharu sekolah, noktahkan kesengsaraan pelajar
Keuzuran tandas di sekolah yang tidak diselenggara berdepan pelbagai kerosakan dan ketidakselesaan, serta menjejaskan pembelajaran pelajar.
KPM diminta tingkat penguasaan BM, matematik, sains komputer, agama - Anwar
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, perkara itu akan dibawa dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat ini.
Bangunkan silibus penjagaan tandas secara khusus di sekolah - Ahli akademik
Silibus itu penting diperhalusi kerana setakat ini, mata pelajaran yang ada menyentuh etika penggunaan tandas hanya pendidikan sivik.
'Terima kasih Maryam, saya akan percepat selesaikan masalah tandas sekolah' - PM Anwar
Perdana Menteri mengucapkan terima kasih kepada seorang murid berusia sembilan tahun bernama Maryam yang menulis surat kepada beliau.
Projek penyelenggaraan tandas sekolah KPM 90 peratus dalam pelaksanaan, siap
Baki sebanyak 810 atau 9.7 peratus projek sedang dalam peringkat akhir perolehan.
PM buat pemeriksaan mengejut di dua sekolah di Sekinchan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan pemeriksaan mengejut di dua buah sekolah hari ini semasa menghadiri program di Sekinchan, Selangor.
Masyarakat perlu amal etika kebersihan untuk capai tandas B.M.W
Mentaliti 'ada tukang cuci yang mendapat gaji untuk membersihkannya' membuatkan ramai tidak beretika dan bersikap tidak kisah.