awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Seorang maut akibat virus Nipah di Bangladesh - WHO
Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Windy City
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM dan isteri hadir ke resepsi perkahwinan anak MB Perlis

Bernama
Bernama
23/07/2022
23:15 MYT
PM dan isteri hadir ke resepsi perkahwinan anak MB Perlis
Tuanku Syed Sirajuddin berkenan bergambar bersama pasangan pengantin Atiqah Bazilah dan Mohamad Faizal pada majlis resepsi mereka di Dewan 2020, Kangar, 23 Julai 2022. Hadir sama, Ismail Sabri dan isteri serta Ahmad Fuzi dan isteri. --fotoBERNAMA
KANGAR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan isteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin, menghadiri resepsi perkahwinan anak perempuan Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man di Dewan 2020 malam tadi.
Ismail Sabri meluangkan masa beramah mesra dengan keluarga pengantin dan tetamu.
Resepsi bagi meraikan Atiqah Bazilah Azlan dan pasangannya, Mohamad Faizal Che Mohd Din, berlangsung dengan meriah.
Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid berkenan berangkat ke majlis itu.
Turut berangkat Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Hadir sama Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dan isteri, Toh Puan Seri Khadijah Mohd Noor.
Seramai 1,500 tetamu jemputan menghadiri resepsi itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Menteri Besar Perlis
#ismail sabri yaakob
#resepsi perkahwinan
#Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan