Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari mendapat kebenaran Mahkamah Rayuan di sini untuk penangguhan sementara perbicaraan kes saman fitnah terhadap Harakah Daily mengenai 1Malaysia Development Berhad.
Berikutan kebenaran penangguhan itu, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur tidak dapat meneruskan dengan perbicaraan saman berkenaan yang dijadual bermula pada 23 Jun.
Kebenaran itu diberikan oleh tiga anggota panel hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat sementara menunggu selesainya dua rayuan berkaitan yang dikemukakan Najib.
Satu daripada rayuan itu ialah terhadap penolakan permohonan Najib oleh Mahkamah Tinggi pada 7 April untuk meminda pernyataan tuntutan beliau bagi memasukkan kenyataan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan satu lagi penolakan oleh Mahkamah Tinggi pada 23 Mei terhadap permohonan Najib untuk kes saman itu diputuskan atas perkara undang-undang tanpa perlu melalui perbicaraan penuh.
Kedua-dua rayuan ini telah ditetapkan untuk pengurusan kes di Mahkamah Rayuan masing-masing pada 23 Jun dan 14 Julai.
Kenyataan Apandi mengesahkan bahawa sejumlah RM2.6 billion yang didakwa diterima Najib, merupakan derma dan Najib tidak terlibat dalam kes SRC International sementara kenyataan SPRM mengesahkan bahawa RM2.6 billion itu bukan daripada 1MDB.
Dua lagi anggota panel hakim Mahkamah Rayuan itu ialah Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer dan Datuk Ahmadi Asnawi.
Peguam Harakah Daily Mohd Faizi Che Abu tidak membantah terhadap permohonan Najib untuk penangguhan itu.
Peguam Najib Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata penangguhan perbicaraan itu dipohon kerana Mahkamah Rayuan belum lagi mendengar dua rayuan yang berkaitan.
Perdana menteri menyaman Pengarah Urusan Harakah Dr Rosli Yaakob dan Ketua Pengarah Harakahdaily Taufek Yahya terhadap artikel yang didakwa berunsur fitnah yang ditulis Rosli dan disiarkan pada 19 Feb 2015.
Dalam pernyataan tuntutannya, Najib berkata artikel itu menunjukkan beliau kononnya telah menyalahgunakan dana 1MDB dan penerbitan artikel itu bertujuan untuk mencemar reputasi beliau.
Beliau mendakwa bahawa Taufek gagal mengamalkan etika kewartawanan bertanggungjawab dan tidak mengesahkan terlebih dahulu sama ada kandungan artikel itu tepat, sebelum menyiarkannya.
Hadir bagi pihak Najib ialah peguam Nor Emelia Mohd Iszeham.
Bernama
Wed Jun 15 2016
Dalam pernyataan tuntutannya, Najib berkata artikel itu menunjukkan beliau kononnya telah menyalahgunakan dana 1MDB dan penerbitan artikel itu bertujuan untuk mencemar reputasi beliau. - Gambar fail
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 bersamaan hari Rabu.
SkyTrax: Kedudukan KLIA jatuh ke tangga 71
Kedudukan KLIA kini di tangga ke-71 mengikut Senarai Lapangan Terbang Terbaik Dunia SkyTrax 2024, jatuh empat anak tangga berbanding tahun sebelumnya.
China arahkan Apple keluarkan WhatsApp dan Thread daripada App Store
Kerajaan China mengarahkan Apple untuk mengeluarkan aplikasi Whatsapp dan Threads daripada App store China.
Empat pelari terlibat kontroversi dilucut pingat
Penganjur acara separa maraton Beijing mengumumkan pada Jumaat bahawa empat pelari yang terlibat dalam perlumbaan kontroversi pada Ahad lepas telah dilucutkan pingat, lapor Xinhua.
ASEAN gesa patuhi konsensus lima perkara
Negara-negara anggota ASEAN menzahirkan kebimbangan terhadap ketegangan yang berlaku di Myawaddy, Kayin State yang terletak di sempadan Myanmar-Thailand, serta di Rakhine State, Myanmar.
ASEAN berkata, ia ingin menegaskan semula komitmen untuk membantu Myanmar mencari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan penuh Konsensus Lima Perkara yang dipersetujui sebelum ini.
ASEAN berkata, ia ingin menegaskan semula komitmen untuk membantu Myanmar mencari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan penuh Konsensus Lima Perkara yang dipersetujui sebelum ini.
Setiap parti politik ada kaedah sendiri – Zahid
Setiap parti politik di dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai kaedah sendiri untuk membantu memenangkan calon mereka pada Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Bharu, bulan depan.
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian ketika diminta mengulas laporan mengenai kenyataan MCA tidak akan berkempen pada PRK itu.
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian ketika diminta mengulas laporan mengenai kenyataan MCA tidak akan berkempen pada PRK itu.
Masih setia dengan UMNO, kritikan hanya untuk beri semangat
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan beliau masih setia bersama parti itu meskipun ada mengkritik kepemimpinan UMNO Selangor sebelum ini.
Bekas Bendahari UMNO Selangor itu berkata, kritikan yang dibuatnya sebelum ini adalah berbentuk konstruktif dan hanya ingin membakar semangat parti itu.
Bekas Bendahari UMNO Selangor itu berkata, kritikan yang dibuatnya sebelum ini adalah berbentuk konstruktif dan hanya ingin membakar semangat parti itu.
Titah Addendum: Anwar enggan terlibat, itu bidang kuasa Lembaga Pengampunan dan YDP Agong
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu terlibat dengan perbincangan membabitkan titah tambahan berhubung tahanan di rumah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Anwar berkata, ini kerana perkara itu merupakan di bawah bidang kuasa Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dan juga melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.
Anwar berkata, ini kerana perkara itu merupakan di bawah bidang kuasa Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dan juga melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.
Giat Mara Bagan Datuk naik taraf jadi kampus MCI
Giat Mara Bagan Datuk telah dinaik taraf menjadi kampus Malaysia-China Institute (MCI) bagi melatih pelajar tempatan di dalam bidang Latihan Teknikal Dan Vokasional Malaysia (TVET) sebelum di hantar ke China.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sejajar dengan itu, keluasan institusi berkenaan serta fasiliti akan ditambah.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sejajar dengan itu, keluasan institusi berkenaan serta fasiliti akan ditambah.
PM dapat kebenaran tangguh perbicaraan kes fitnah Harakah Daily
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari mendapat kebenaran Mahkamah Rayuan di sini untuk penangguhan sementara perbicaraan kes saman fitnah terhadap Harakah Daily mengenai 1MDB.