MALAYSIA
PM diberi sambutan rasmi penuh istiadat di Istana Presiden Timor-Leste
Anwar memeriksa barisan kawalan kehormatan. - Foto Bernama
DILI (Timor-Leste): Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan sambutan penuh istiadat di Istana Presiden di sini petang ini sekali gus menandakan bermulanya sesi rasmi pada hari pertama lawatan bersejarah beliau ke Timor-Leste selama dua hari.
Ringkasan AI
Majlis itu, yang diketuai Presiden Dr Jose Ramos-Horta pada 4.10 petang waktu tempatan, menyaksikan lagu kebangsaan kedua-dua negara berkumandang diikuti tembakan meriam sebanyak 19 das.
Anwar kemudian memeriksa barisan kawalan kehormatan dan menandatangani Buku Pelawat sebelum mengadakan pertemuan empat mata dengan Ramos-Horta.
Kedua-dua pemimpin kemudian bertemu media dalam sidang akhbar bersama.
Turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Amran Mohamed Zin.
Anwar juga dijadual menghadiri Mesyuarat Pra-Majlis sebelum menyertai Majlis Temu Mesra MADANI dengan diaspora Malaysia serta alumni Program Kerjasama Teknikal Malaysia dan Program Kerjasama Pertahanan Malaysia di sebuah hotel di sini.
Program hari ini akan diakhiri dengan jamuan makan malam rasmi di Dewan Serbaguna GMN yang dihoskan bersama oleh Ramos-Horta dan Perdana Menteri Timor-Leste Kay Rala Xanana Gusmao.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Anwar Ibrahim diberi sambutan penuh istiadat di Istana Presiden Timor-Leste, termasuk tembakan meriam 19 das, pemeriksaan kawalan kehormatan dan pertemuan empat mata dengan Presiden Jose Ramos-Horta.
- Selepas sidang media bersama, Anwar dijadual menghadiri Mesyuarat Pra-Majlis, Majlis Temu Mesra MADANI dengan diaspora Malaysia dan alumni program kerjasama, sebelum jamuan makan malam rasmi.
- Turut hadir Menteri Pertahanan Mohamed Khaled Nordin, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan pegawai kanan kerajaan, menandakan kepentingan lawatan ini dalam memperkukuh hubungan dua hala.