Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini diberi penerangan berkenaan sektor perdagangan antarabangsa dan pelaburan asing oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Antara lain, beliau turut dimaklumkan berkenaan status terkini penganjuran Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) oleh pengurusan tertinggi MITI, diketuai Ketua Setiausahanya (KSU), Datuk Lokman Hakim Ali.
"Dalam pertemuan tersebut, Perdana Menteri diberi penerangan mengenai sektor perdagangan antarabangsa dan pelaburan asing dalam negara.
"KSU MITI juga menerangkan tentang status terkini penganjuran sidang APEC di mana Malaysia akan menjadi tuan rumah pada bulan November tahun ini," menurut kenyataan tersebut yang dimuat naik di laman Facebook milik Muhyiddin.
Turut dilihat sama hadir memberi penerangan kepada Perdana Menteri adalah Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan Antarabangsa), Hairil Yahri Yaacob yang juga Pengerusi Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan APEC serta Pengarah Kanan Hubungan Serantau dan Antarabangsa MITI, Aida Safinaz Allias.
Sebelum ini, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan bahawa beliau akan memberi laluan kepada penggantinya selepas selesai penganjuran APEC.
Harits Asyraf Hasnan
Thu Mar 05 2020
Muhyiddin diberi penerangan berkenaan sektor perdagangan antarabangsa dan pelaburan asing oleh MITI. - Facebook Muhyiddin Yassin
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Impak COVID-19 lebih teruk berbanding perang dagang AS-China - Muhyiddin
Krisis kesihatan dan impaknya kepada ekosistem ekonomi global merupakan agenda utama kepada semua ekonomi APEC pada tahun ini.
21 pemimpin APEC nyata komitmen, mudahkan cara akses vaksin COVID-19
Kesemua 21 pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) menyatakan komitmen untuk saling bekerjasama dan menyokong satu sama lain dalam usaha mendapatkan vaksin COVID-19
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita tempatan yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
APEC 2020: Negara APEC yang sertai RCEP dijangka patuh pada sistem WTO - Penganalisis
Dengan pematuhan terhadap sistem WTO, ia akan mudahkan usaha penyelesaian terhadap sebarang pertikaian dalam RCEP.
APEC 2020: Malaysia cadang tiga keutamaan rangkumi semua aspek ekonomi
Anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) diseru untuk berganding bahu ketika berhadapan situasi untuk mengawal dan memulihkan ekonomi yang dihadapi akibat penularan pandemik COVID-19.
Sepentas secara maya, ini atur cara malam kemuncak pemimpin APEC
Mesyuarat secara maya itu akan bermula pada 8 malam, seiring 8 zon waktu berbeza melibatkan kesemua pemimpin anggota ekonomi APEC.
Masa depan internet terbuka sedang terancam - COO Facebook
Pandemik COVID-19 telah membuktikan nilai kesalinghubungan dan kerjasama melangkaui sempadan serta peluang ekonomi yang dicipta melalui internet terbuka yang mudah diakses.
Trump bakal sertai Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC 2020 - Agensi
Kehadiran Trump pada AELM kali ini adalah penglibatan pertama beliau sejak 2017, dan ia adalah satu-satunya penyertaan semasa pentadbirannya.
Dialog CEO APEC Malaysia 2020 penghubung pemimpin kerajaan, perniagaan
Ia akan menumpukan perbincangan terhadap cabaran ketara rantau ini serta dunia dan bentuk kerjasama kerajaan mahu pun sektor swasta untuk memacu pertumbuhan berikutan pandemik COVID-19.