awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'PM gagal kawal menteri', dakwa Afnan Hamimi

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
02/11/2023
07:21 MYT
'PM gagal kawal menteri', dakwa Afnan Hamimi
Afnan Hamimi mendakwa ada menteri yang tidak hadir untuk menjawab soalan, sebaliknya menyerahkan kepada timbalan menteri untuk berbuat demikian. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) mendakwa menteri dan timbalan menteri tidak bersungguh-sungguh untuk menjawab isu dibangkitkan di Dewan Rakyat.
Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Setar) berkata, berdasarkan pemerhatiannya, ada menteri yang tidak hadir untuk menjawab soalan, sebaliknya menyerahkan kepada timbalan menteri untuk berbuat demikian.
Melihat kepada situasi itu, beliau mendakwa Perdana Menteri gagal untuk mengawal ahli dalam Kabinetnya.
“Adakah menteri tidak hormat kepada Perdana Menteri atau Perdana Menteri tak dan (sempat) tengok menteri Kabinet kerana sibuk uruskan hal-hal lain di luar negara.
“Padahal inlah benda yang nak dicerakinkan, wewenang... yang disebut sebagainya itu.
“Apa yang berlaku hari ini, peristiwa ni berulang kali berlaku dan menunjukkan kerajaan sekarang ini tidak serius, tidak kompeten untuk menangani isu rakyat yang dibangkitkan ahli Dewan Rakyat di dalam Dewan Rakyat,” dakwanya.
Ketua Pemuda Pas itu turut memberi amaran agar perkara sama tidak lagi berulang.
Beliau berkata demikian pada sidang media di bangunan Parlimen pada Khamis.
Topic Berkaitan
#Afnan Hamimi
#Perdana Menteri
#Dewan Rakyat
#PM gagal kawal menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan