PM galak lebih ramai anak muda terlibat perniagaan digital, ekonomi gig

Faris Danial Razi
September 10, 2021 12:30 MYT
Ismail Sabri berkata, perniagaan itu dilihat mampu menjana pendapatan yang baik ketika ini. - Gambar/ Facebook/ Ismail Sabri Yaakob
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggalakkan lebih ramai anak muda supaya terlibat dalam perniagaan digital dan ekonomi gig.
Beliau dalam satu kenyataan di Facebook pada Khamis memberitahu, perniagaan itu dilihat mampu menjana pendapatan yang baik ketika ini.
Ismail Sabri berkata demikian susulan sesi diskusinya melalui sidang video bersama pengasas aplikasi Grab, Anthony Tan dan Tan Hooi Ling yang bermula di Segambut.
Sumber Facebook ismailsabri60
“Dalam perbincangan ini, mereka menzahirkan komitmen untuk bantu menyediakan peluang pekerjaan alternatif kepada anak muda, merancakkan lagi sektor ekonomi gig dan membuka platform kepada peniaga kecil di luar bandar,” katanya.
Menurut Ismail Sabri, aspek-aspek lain seperti kebajikan dan keselamatan rakan penghantar turut dibincangkan dan diberi perhatian supaya menjadi keutamaan.
#ismail sabri yaakob #ekonomi gig #perniagaan digital #grab