NATIONAL
PM hantar permohonan anjur Sidang Kemuncak ASEAN-AS

Mohamad (tengah) berkata Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 masih menunggu maklum balas daripada Washington sekiranya perancangan itu dapat dijayakan. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah mengutus surat kepada pentadbiran Amerika Syarikat (AS) untuk mengadakan Sidang Kemuncak ASEAN-AS pada tahun 2025.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah menghantar surat kepada pentadbiran AS untuk mencadangkan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN-AS 2025, dan Malaysia masih menunggu maklum balas rasmi.
- Jika persetujuan dicapai, sidang kemuncak itu dijangka diadakan pada masa yang sesuai dalam tahun 2025 dan berpotensi memberi impak besar kepada rantau Asia Tenggara dalam konteks ekonomi dan geopolitik.
- Tiga sidang kemuncak lain akan berlangsung di KLCC pada 26 dan 27 Mei, termasuk Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China, ASEAN-GCC, dan Sidang Kemuncak ASEAN ke-46, yang akan membincangkan isu serantau dan antarabangsa.
"Jika persetujuan mampu dicapai, kita boleh adakan persidangan itu pada masa sesuai dalam tahun ini," ujar Mohamad Hasan dalam sidang media menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-46, di sini, pada Ahad.
Sidang Kemuncak ASEAN-AS boleh membawa impak besar pada rantau Asia Tenggara khususnya dengan ketidaktentuan ekonomi dan geopolitik susulan tarif timbal balik dikenakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Dalam pada itu, tiga persidangan akan dilangsungkan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 26 dan 27 Mei iaitu Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC)-China, Sidang Kemuncak ASEAN-GCC dan Sidang Kemuncak ASEAN ke-46.
Persidangan ini dijangka membincangkan pelbagai isu serantau dan antarabangsa yang mendesak.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami