KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap golongan pendidik akan terus berbakti dan melaksanakan amanah yang diberikan untuk anak-anak Keluarga Malaysia.
Bersempena sambutan Hari Guru hari ini, beliau berkata, tanggal 16 Mei merupakan hari yang cukup bermakna buat warga pendidik atas jasa dan pengorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa.
"Guru umpama pelita yang menerangi kehidupan sepanjang hayat. Onak dan ranjau tetap ditempuhi dengan tenang.
"Selamat Hari Guru saya ucapkan kepada semua insan yang bergelar guru. Jangan pernah lelah menjadi pelita bagi Keluarga Malaysia," katanya menerusi hantaran di laman Facebook beliau hari ini dengan turut memuat naik poster ucapan Hari Guru.
Ismail Sabri berkata, tema sambutan Hari Guru pada tahun ini iaitu 'Guru Tunjang Sekolah Sejahtera' bertepatan dengan komitmen mereka untuk sentiasa memberikan yang terbaik dalam melahirkan pewaris generasi masa depan negara.
Majlis pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-51 Tahun 2022 diadakan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK). - BERNAMA
Bernama
Mon May 16 2022

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap golongan pendidik akan terus berbakti dan melaksanakan amanah yang diberikan untuk anak-anak Keluarga Malaysia.

Jenayah | Lelaki tikam ibu kandung direman tujuh hari
Seorang lelaki yang disyaki menikam ibu kandungnya sehingga maut dalam kejadian di Kampung Paya Luboh, Tangga Batu direman tujuh hari bermula hari ini. Perintah tahanan reman sehingga 12 julai terhadap suspek berusia 38 tahun itu dikeluarkan Majistret Mahkamah Ayer Keroh, Mazana Sini.

Penjagaan Maritim | 3 bot nelayan Vietnam lucut hak, dijadikan tukun
Sebanyak tiga bot nelayan Vietnam yang dilucut hak ditenggelamkan dan disemadikan sebagai tukun tiruan berhampiran Perairan Pulau Kapas, Marang Terengganu. Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata kesemua berkenaan ditahan menerusi Op Naga barat dan Op Kuda Laut melibatkan penahanan 22 kru termasuk tekong warga Vietnam.

Suspek tikam ibu kandung, positif syabu
Proses bedah siasat terhadap mangsa yang dijalankan di Hospital Melaka masih berjalan dan dijangka selesai petang ini.

Stadium Sultan Muhammad IV berwajah baharu
Proses naik taraf yang bermula September tahun lalu itu dijangka siap sepenuhnya pada 24 Ogos ini.

Lawatan Ke Turkiye | Malaysia pertimbang dapatkan sumber gandum
Malaysia berhasrat untuk mempelbagaikan sumber makanan importnya, termasuk kemungkinan membeli tepung gandum dari Turkiye ketika dunia terus mengalami kekangan bekalan, lonjakan harga makanan serta inflasi. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata aspek jaminan keselamatan makanan juga adalah antara komponen utama dalam beberapa siri pertemuan beliau dengan peneraju industri republik itu.

Nasib Sri Lanka | PM Ranil Wickremesinghe akui negara muflis
Perdana Menteri Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe akui negara itu kini muflis dan terjerumus ke kancah krisis ekonomi yang sangat dahsyat dan tidak pernah berlaku sebelum ini. Malah lebih buruk katanya, ia dijangka berlarutan sehingga sekurang-kurangnya akhir tahun depan.

Banjir Baling: Kerajaan Selangor hantar misi bantuan
Seramai 189 anggota dari 12 pihak berkuasa tempatan dan 20 anggota sukarelawan terlibat dalam misi tersebut.

"Saya Datin Seri, saya tak bermadu" - Noniswara
Pelakon Noniswara jelas gelaran yang disandang, jawab tuduhan bergelar isteri kedua.

Sindiket nikah 'Ustaz Zul' tumpas
Seramai 16 individu termasuk isteri dan anak kepada lelaki terbabit yang mendakwa dirinya sebagai jurunikah bertauliah ditahan.

Rafizi dinasihat tidak terlalu obsesi kejar jawatan
Syed Badli Shah juga menggesa audit forensik diadakan secara menyeluruh terhadap keputusan pemilihan termasuk undi dalam talian.

JPN Pulau Pinang kumpul 16,200 puisi Hari Guru untuk MBOR
Semua puisi itu dihasilkan oleh murid dan pelajar sekolah di seluruh negeri itu, sejak 19 Mei lepas hingga semalam.

Anugerah Guru Inspirasi McDonald's mampu cungkil bakat guru
Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2022 mengiktiraf pendidik serta menjadi medium bagi mengetengahkan pendidik yang berfikiran luar kotak.

Tokoh Guru teruja, bangga terima anugerah daripada bekas pelajar kini Ketua Menteri Melaka
Husin, yang berkhidmat sebagai guru selama 38 tahun berkata pernah mengajar Sulaiman selama dua tahun dari tahun 1983.

Tabung Pendidikan Negeri Sabah dilancar Jun depan - Hajiji
Hajiji memaklumkan, Kerajaan negeri akan melancarkan Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) bulan depan.

Pelajar maut, sambutan Hari Guru bertukar majlis tahlil
Pelajar berkenaan yang dalam perjalanan ke sekolah, maut apabila motosikal ditunggang terbabas di Persiaran Jubli Perak dari arah Persiaran Kemajuan ke Bulatan Andalas.

Peranan bekas pengetua sekolah rendah dapat pengiktirafan antarabangsa, negara
Dua anugerah diberikan kepada warga pendidik atas jasanya yang membawa perubahan dan kecemerlangan.

PM harap guru terus berbakti untuk anak-anak Keluarga Malaysia
Guru umpama pelita yang menerangi kehidupan sepanjang hayat. Onak dan ranjau tetap ditempuhi dengan tenang, kata Perdana Menteri.

Sambutan Hari Guru peringkat nasional diadakan di Kelantan buat kali pertama
Sambutan Hari Guru yang diadakan di Bachok ini dihadiri oleh sebahagian warga pendidik dari seluruh negara.

Status OKU tidak halang Cikgu Zawati terus tabur bakti
Beliau mula berkecimpung dalam bidang perguruan sejak 21 tahun lepas, mendidik pelajar pendidikan khas.

"Jangan memperkecil usaha guru, hargai pengorbanan mereka"
Itu nasihat Datuk Seri Alexander Nanta Linggi kepada masyarakat di Malaysia untuk terus memberikan sokongan terhadap guru di seluruh negara.