awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Shamsul Iskandar kemuka permohonan pindah pertuduhan rasuah ke Mahkamah Tinggi
Dua maut, enam cedera dalam insiden tembakan di gereja Salt Lake City
Pasport dan MyKad baharu enam bulan lagi, ciri keselamatan dipertingkat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM harap pemberian BKC bermula esok ringankan beban rakyat

Bernama
Bernama
05/09/2021
11:53 MYT
PM harap pemberian BKC bermula esok ringankan beban rakyat
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata dana berjumlah RM3.1 bilion telah pun disalurkan kepada institusi perbankan yang berkaitan untuk pembayaran BKC. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap pengkreditan Bantuan Khas COVID-19 (BKC) bagi Fasa Satu bermula esok sedikit sebanyak mampu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat COVID-19.
Menerusi hantaran di laman Facebook beliau hari ini, Ismail Sabri berkata dana berjumlah RM3.1 bilion telah pun disalurkan kepada institusi perbankan yang berkaitan untuk pembayaran BKC.
"BKC ini akan memanfaatkan seramai 10 juta penerima yang memfokuskan kumpulan sasar terdiri daripada kategori miskin tegar, B40 dan M40 serta golongan bujang yang berkelayakan," katanya.
Pada Rabu, Ismail Sabri berkata beliau mengambil maklum isu kelewatan bayaran BKC yang sepatutnya dilaksanakan bulan lepas dan berikutan itu, telah mengarahkan Kementerian Kewangan menyegerakan pembayaran.
BACA: Bantuan BKC: Kementerian Kewangan beri jaminan bantuan diteruskan
Beliau juga berkata kerajaan kini melaksanakan rangsangan ekonomi rakyat dan negara melalui inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).
"Besar harapan saya untuk memastikan usaha ini berjaya demi kesejahteraan Keluarga Malaysia," katanya.
Semakan status BKC boleh dibuat melalui portal https://bkc.hasil.gov.my
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#BKC
#bantuan khas covid-19
#Perdana Menteri
#ismail sabri yaakob
#beban rakyat
#B40
#M40
#Kementerian Kewangan
#PEMULIH
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan