awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM hulur sumbangan kepada anggota polis pengiring terlibat kemalangan

Bernama
Bernama
29/07/2024
16:32 MYT
PM hulur sumbangan kepada anggota polis pengiring terlibat kemalangan
Lans Koperal Mohd Faizol Deraman terlibat dalam nahas itu ketika menjalankan tugas mengiringi Anwar ke Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Sedunia (WCIT) 2024 di Pusat Konvensyen Casuarina, Meru pagi tadi. - Foto FB Polis Perak
IPOH: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghulurkan sumbangan kepada seorang anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak yang terlibat dalam kemalangan ketika mengiringi beliau.
Hantaran di laman Facebook Polis Perak memaklumkan Lans Koperal Mohd Faizol Deraman terlibat dalam nahas itu ketika menjalankan tugas mengiringi Anwar ke Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Sedunia (WCIT) 2024 di Pusat Konvensyen Casuarina, Meru di sini pagi tadi.
Kejadian itu turut disaksikan oleh Anwar yang dalam perjalanan menyambut ketibaan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah ke majlis berkenaan.
"Bersimpati dengan kejadian tersebut, Perdana Menteri telah memberikan sumbangan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh pegawai rendah polis terbabit," menurut hantaran itu.
Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris berkata ketika kejadian, beliau berada di lokasi kerana mengiringi Perdana Menteri dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah Ipoh ke pusat konvensyen tersebut.
Beliau berkata susulan kejadian itu, Anwar telah menghulurkan sumbangan kepada anggota terbabit yang disampaikan melalui Timbalan Ketua Polis Perak DCP Zulkafli Sariaat.
"Alhamdulillah setakat ini mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan teruk dan mendapat rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Raja Permaisuri Bainun," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PM hulur sumbangan
#anggota polis pengiring
#kemalangan
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan