awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM hulur sumbangan kepada veteran PDRM Juhairi Sinjak di Pahang

Bernama
Bernama
05/09/2025
15:45 MYT
PM hulur sumbangan kepada veteran PDRM Juhairi Sinjak di Pahang
Sumbangan itu disampaikan oleh Ahmad Farhan yang menziarahi Juhari Sinjak, di kediamannya di Kampung Paya Keladi, Pahang. - Gambar Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada seorang veteran Polis Diraja Malaysia di Pahang sebagai tanda penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan beliau dalam menjaga keselamatan negara.
Sumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri iaitu Datuk Ahmad Farhan Fauzi yang menziarahi Juhari Sinjak, 79, di kediamannya di Kampung Paya Keladi, Pahang.
"Walaupun beliau kini lumpuh separuh badan namun beliau tetap tabah menjalani kehidupan seharian. Ziarah MADANI ini bukan sekadar kunjungan tetapi tanda kasih dan penghargaan atas jasa serta pengorbanan beliau menjaga keamanan negara.
"Semoga bantuan kecil yang diberikan, sedikit sebanyak meringankan beban di samping menjadi bukti bahawa pengorbanan para veteran sentiasa kita hargai dan tidak pernah dilupakan," katanya menerusi hantaran di laman Facebook hari ini yang turut dikongsikan oleh Perdana Menteri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Facebook
#PDRM
#keselamatan negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan