awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Ismail Sabri diberi sambutan permaidani merah di Vietnam

Bernama
Bernama
21/03/2022
04:59 MYT
PM Ismail Sabri diberi sambutan permaidani merah di Vietnam
PM Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diiringi rakan sejawatnya dari Vietnam Pham Minh Chinh memeriksa barisan kawalan kehormatan pada Majlis Sambutan Rasmi Lawatan Perdana Menteri di pekarangan Istana Presiden di sini hari ini. - fotoBERNAMA
HANOI: Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke Vietnam, disambut dengan hamparan permaidani merah sebaik tiba di perkarangan Istana Presiden di sini hari ini.
Ketibaan beliau disambut oleh rakan sejawatnya dari Vietnam Pham Minh Chinh, dan beliau diberikan sambutan rasmi sebaik tiba.
Lagu kebangsaan Malaysia "Negaraku" dan lagu kebangsaan Vietnam "Tien Quan Ca" dimainkan pada majlis ini, dan beliau diiringi oleh Chinh untuk memeriksa perbarisan kawalan kehormat.
Kedua-dua pemimpin kemudiannya menuju ke Pejabat Perdana Menteri untuk sesi bergambar di lobi bangunan Pejabat Kerajaan, sebelum berlalu ke bilik mesyuarat bagi menyaksikan sesi pertukaran dokumen.
Dokumen berkenaan melibatkan memorandum persefahaman (MOU) berhubung aktiviti kerjasama perundangan dan kerjasama perburuhan, pengambilan serta penghantaran pulang pekerja, surat niat berhubung kerjasama dalam latihan diplomatik serta perjanjian kerjasama profesional Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) dan Agensi Berita Vietnam (VNA).
Ismail Sabri dan rombongannya kemudian akan menghadiri majlis makan tengah hari rasmi yang dihoskan oleh Chinh di bangunan Pejabat Kerajaan.
Pada sebelah petangnya Perdana Menteri dijadualkan mengadakan perjumpaan dengan Presiden Vietnam Nguyen Xuan Phuc, diikuti perjumpaan dengan Setiausaha Agung Parti Komunis Vietnam Nguyen Phu Trong, dan kemudiannya bertemu Pengerusi Dewan Rakyat (Chairman of the National Assembly) Vuong Dinh Hue.
Kunjungan sulung Perdana Menteri ke Vietnam ini adalah atas undangan Chinh.
Ismail Sabri dijadualkan berlepas pulang ke Kuala Lumpur pagi Selasa selepas mengadakan persidangan media dengan media Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#lawatan dua hari ke Vietnam
#Pham Minh Chinh
#Presiden Vietnam Nguyen Xuan Phuc
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan