awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan Rahmah MADANI lebih kerap mudahkan rakyat beli barangan keperluan asas
Pemenang harap KPM tubuh Suruhanjaya Khas Pendidikan Negara atasi masalah buli
Selepas United dan Leverkusen, Erik ten Hag kembali ke FC Twente
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Ismail Sabri hadir rumah terbuka Tentera Darat

Bernama
Bernama
21/05/2022
15:55 MYT
PM Ismail Sabri hadir rumah terbuka Tentera Darat
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Tentera Darat Malaysia di Kem Perdana Sungai Besi, malam ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Tentera Darat Malaysia di Kem Perdana Sungai Besi, di sini, malam ini.
Ismail Sabri yang memakai baju Melayu berwarna hijau lengkap bersongkok dan bersampin itu tiba di Dataran Panglima Tentera Darat, di sini pada 8.40 malam.
Beliau disambut Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Zamrose Mohd Zain.
Antara tetamu lain yang hadir ialah Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Muez Abd Aziz dan Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Affendi Buang.
Selain itu, Ismail Sabri turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak warga Tentera Darat yang hadir pada majlis berkenaan.
Kira-kira 5,000 pengunjung hadir pada majlis rumah terbuka itu yang bertemakan "Rumah Terbuka Kembali ke Desa", selain dihidangkan dengan pelbagai juadah tradisi ala desa.
Majlis itu turut diserikan dengan persembahan artis jemputan antaranya Wahid Senario serta pertunjukan bunga api dan meriam buluh.
Turut ditayangkan video rakaman ucapan Aidilfitri oleh anggota yang berada di perbatasan tanah air.
Bagi memeriahkan lagi suasana, pelbagai pengisian diadakan seperti pertandingan 'prop' rumah tercantik, pakaian paling 'awesome', pertandingan lagu antara formasi dan hiburan dan sukaneka yang melibatkan kanak-kanak dan keluarga.
Majlis itu merupakan kali pertama selepas dua tahun tidak dapat diadakan akibat pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri
#ismail sabri yaakob
#rumah terbuka
#Tentera Darat Malaysia
#Aidilfitri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan