awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Latvia lapor kerosakan kabel dasar laut di Laut Baltik
Menteri Luar Norway sokong kedaulatan Denmark susulan Trump kembali berminat terhadap Greenland
Indonesia zahir kebimbangan terhadap perkembangan terkini di Venezuela
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Ismail Sabri tiba di Sandakan untuk lawatan kerja

Radhi Muslim
Radhi Muslim
05/11/2021
14:02 MYT
PM Ismail Sabri tiba di Sandakan untuk lawatan kerja
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin mengaminkan doa ketika tiba di Lapangan Terbang Sandakan. - Foto BERNAMA
SANDAKAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Lapangan Terbang Sandakan, kira-kira jam 7. 35 malam tadi dalam rangka lawatan kerja ke Sandakan dan Kinabatangan.
Ia lawatan pertama Ismail Sabri ke Sandakan dan Kinabatangan serta yang kedua ke Sabah selepas dilantik Perdana Menteri kesembilan pada Ogos lalu.
Kehadiran beliau disambut Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin; Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Arthur Joseph Kurup; Menteri Pelancongan Sabah Datuk Jafry Ariffin serta pemimpin-pemimpin Sabah yang lain.
Pagi esok beliau dijangka melancarkan projek Lebuhraya Pan Borneo bagi pakej Pantai Timur Sabah di Dataran Tapak Tamu Kinabatangan.
Projek Lebuhraya Pan Borneo yang bakal dilancarkan Perdana Menteri membabitkan empat pakej kerja bagi laluan Kinabatangan-Sandakan-Beluran-Telupid.
Dalam satu kenyataan media sebelum ini, Bung Moktar, berkata kontraktor bagi empat pakej kerja berkenaan baru sahaja dilantik.
Menurutnya, keempat-empat pakej kerja itu akan dilaksanakan serentak sejurus pelancarannya oleh Perdana Menteri dan dijangka siap pada 2024.
Empat pakej itu antara pakej baharu projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah yang akan dilaksanakan tidak lama lagi.
Satu lagi pakej baharu ialah laluan di antara Serusop, Tuaran ke Pituru, Kota Belud yang dijangka dimulakan tahun depan menggunakan peruntukan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).
Pelaksanaan lima pakej baharu itu menjadikan 16 pakej kerja dilaksanakan setakat ini daripada 35 pakej keseluruhan dalam fasa satu projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah.
11 pakej sedang dilaksanakan ketika ini kebanyakannya membabitkan laluan di Pantai Barat Sabah yang bermula dari Sindumin di sempadan Sarawak hingga ke Kudat di utara.
Kerja pembinaan bagi 11 pakej berkenaan berjalan lancar dengan pencapaian setakat ini pada tahap 54 peratus dan dijadual siap pada 2023.
Menurut Bung Moktar, baki 19 pakej lagi, diharap dapat dilaksanakan serentak supaya tempoh penyiapannya dapat dipercepatkan.
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri
#ismail sabri yaakob
#lawatan kerja
#Sandakan
#Kinabatangan
#Bung Moktar Radin
#Lebuhraya Pan Borneo
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan