PM Ismail Sabri ucap tahniah kepada Presiden Filipina baharu, Marcos Jr

Bernama
Jun 30, 2022 13:20 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merakamkan ucapan tahniah kepada Ferdinand Romualdez Marcos Jr yang mengangkat sumpah sebagai Presiden Filipina yang ke-17 hari ini. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merakamkan ucapan tahniah kepada Ferdinand Romualdez Marcos Jr yang mengangkat sumpah sebagai Presiden Filipina yang ke-17 hari ini.
"Saya berharap hubungan Malaysia dan Filipina akan terus kukuh demi kejayaan bersama," katanya menerusi catatan di Facebooknya, sambil memuat naik poster yang memaparkan gambar Marcos Jr dengan ucapan tahniah.
Marcos Jr, 64, mengangkat sumpah sebagai presiden ke-17 republik itu di Muzium Negara, Manila selepas memenangi pilihan raya pada Mei lepas, dengan memperoleh kemenangan terbesar sejak 1986.
Anak kepada Ferdinand Marcos itu menggantikan Rodrigo Duterte.
BACA: Marcos Jr angkat sumpah Presiden Filipina yang baharu
Untuk rekod, Filipina merupakan rakan dagang ke-15 terbesar Malaysia, dengan jumlah dagangan bernilai RM32.53 bilion (AS$$7.84 bilion) pada 2021, peningkatan 24.6 peratus berbanding nilai yang direkodkan pada 2020.
-- BERNAMA
#Perdana Menteri #ismail sabri yaakob #takniah #Ferdinand Romualdez Marcos Jr #presiden filipina