PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa Kerajaan Perpaduan akan pertahankan hak setiap rakyat di negara ini.
Beliau menegaskan sebarang usaha yang mungkin melemahkan semangat kejituan dan perpaduan dalam rakyat pelbagai kaum harus dihindari.
Menurutnya, sejarah membuktikan hancurnya tamadun sesebuah negara bukan sahaja kerana tata kelola dan rasuah, bahkan api perkauman dan kefanatikan agama yang dimainkan.
"Negara ini tegak dulunya, tegak sekarang dan InsyaAllah akan terus tegak hebat dengan memperakui kontrak sosial antara semua kaum dan jaminan semua bahawa hak setiap warganegara mengamalkan agama mereka, memuliakan budaya mereka termasuk suku kaum mereka tetap dipertahankan.
"Insya-Allah Kerajaan Perpaduan dengan negara MADANI akan mempertahankan hak setiap rakyat di bumi bertuah ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat sempena Hari Kebangsaan 2023, yang turut dihadiri ebih 6,000 hadirin di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.
Perdana Menteri menegaskan, pada masa sama, tiada siapa yang boleh mempertikai perkara mutlak yang disebut dalam Perlembagaan negara.
"Soal bahasa Melayu, soal Islam sebagai agama Persekutuan, soal hak keistimewaan Bumiputera dan kedaulatan Raja-raja Melayu," ujarnya.
Antara lain Perdana Menteri turut menekankan pentingnya perpaduan dalam mempertahankan kemerdekaan negara bagi menggilap Malaysia sebagai sebuah negara yang hebat.
Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Kabinet lain.
Umavathi Ramayah
Wed Aug 30 2023
PM Anwar menegaskan sebarang usaha yang mungkin melemahkan semangat kejituan dan perpaduan dalam rakyat pelbagai kaum harus dihindari. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
GRS Kekal Teruskan Kerjasama Dengan PH Sabah Hadapi PRN Ke-17 - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memberi bayangan untuk kekal terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) Sabah dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.
Gabungan dalam kerajaan kana hormat parti lain
Parti dalam gabungan kerajaan perlu saling hormat menghormati bagi memastikan keharmonian tidak terjejas.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional (PN), kata Ahmad Zahid.
Operasi khalwat: Tidak wajar rakam guna kamera telefon peribadi - Peguam
Menurut Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang pegawai penguat kuasa agama hanya boleh membuat rakaman untuk tujuan siasatan atau prosedur mahkamah.
Kenaikan tambang feri ke Langkawi bagi warga Malaysia dibatalkan
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan susulan nasihat Kementerian Pengangkutan (MOT).
PM Thailand ke Putrajaya esok, perkukuh hubungan dua hala
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Elaun kekal RM8 sehari, tak wajar bincang sekarang - Khaled
Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengekalkan kadar elaun RM8 sehari untuk peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang akan bermula bulan depan.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
[TERKINI] SAPP bebas membuat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional.
Kongres Khas PKR lulus pindaan perlembagaan parti dengan sokongan lebih dua pertiga perwakilan
Kongres Nasional Khas PKR 2024 hari ini meluluskan kesemua pindaan perlembagaan berkaitan proses pemilihan parti.
SAPP keluar, PN Sabah lemah
Pada PRN Sabah 2018, PN memenangi 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menggunakan logo sendiri.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Pandang ke hadapan menerusi perpaduan kepelbagaian masyarakat - PM Najib
Perdana Menteri berkata detik-detik kebersatuan yang ditonjolkan rakyat Malaysia terutama menerusi sukan dan sosiobudaya perlu diteruskan.