PM keluar kenderaan rasmi periksa polis pengiring kemalangan

Hasimi Muhamad
Mac 6, 2022 03:37 MYT
Satu kemalangan berlaku melibatkan polis pengiring ketika Perdana Menteri dalam perjalanan ke Majlis Pelancaran Kolej Komuniti Satelit di Pontian hari ini. - Foto Video Bernama TV
PONTIAN: Sikap berjiwa rakyat Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terserlah selepas beliau keluar dari kenderaan rasmi untuk memeriksa keadaan polis pengiring yang terlibat dalam kemalangan pagi tadi.
Kejadian dilaporkan berlaku di Pekan Benut, Pontian sekitar pukul 10.50 pagi.
Difahamkan, kemalangan berlaku ketika Perdana Menteri dalam perjalanan ke Majlis Pelancaran Kolej Komuniti Satelit, di sini.
Selain pelancaran Kolej Komuniti Satelit, Perdana Menteri hari ini dijadual menghadiri beberapa program di Johor termasuk Perasmian Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia.
#kemalangan #ismail sabri yaakob #polis pengiring