MALAYSIA
PM lakukan kunjungan hormat ke atas TYT Pulau Pinang sebaik pulang dari Qatar
Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ramli Ngah Talib menyampaikan cenderahati kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menerima kunjungan hormat di Seri Mutiara hari ini. - Foto Bernama
GEORGE TOWN: Sejurus pulang ke tanah air selepas menghadiri Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab-Islam di Doha, Qatar pagi tadi, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ramli Ngah Talib di Seri Mutiara di sini.
Ringkasan AI
Ketibaan Perdana Menteri di kediaman rasmi TYT disambut oleh Tun Ramli dan isteri, Toh Puan Raja Noora Ashikin Raja Abdullah, sebelum beliau dibawa melawat ke galeri mini.
Anwar juga menghadiri Majlis Santapan Tengah Hari dengan diiringi Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Seri Mohamad Fauzi Md Isa.
Sementara itu, Fahmi berkata beliau turut menjemput Tun Ramli untuk hadir secara rasmi sebagai tetamu utama ke Sambutan Hari Malaysia 2025 di Pusat Konvensyen PICCA@Arena Butterworth malam ini.
"Terima kasih TYT kerana menerima kunjungan hormat kami. Kami antara lain bertukar pandangan mengenai usaha memperkukuh hubungan dan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri," katanya dalam catatan di Facebook hari ini.
Perdana Menteri dijadual menghadiri Sambutan Hari Malaysia 2025 bertemakan "Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni" yang turut dihadiri Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas mewakili Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Shahelmey Yahya mewakili Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.
Edisi kali ini berlangsung di Pulau Pinang selaras dengan amalan penggiliran lokasi antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia setiap tahun.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Anwar Ibrahim mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ramli Ngah Talib di Seri Mutiara selepas pulang dari Sidang Kemuncak Arab-Islam di Doha.
- Perdana Menteri turut menghadiri Majlis Santapan Tengah Hari bersama pemimpin negeri, termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow dan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
- Anwar dijadual menghadiri Sambutan Hari Malaysia 2025 di Butterworth malam ini, bertemakan -Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni-, dengan kehadiran wakil pemimpin Sabah dan Sarawak.