BERLIN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan sulung beliau ke Jerman dari 10 hingga 15 Mac ini.
Wisma Putra dalam kenyataan hari ini memaklumkan beliau akan disertai oleh Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz serta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.
Semasa lawatan rasmi itu, Perdana Menteri akan mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawat beliau, Canselor Jerman Olaf Scholz.
Menurut Wisma Putra, kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan kemajuan hubungan Malaysia-Jerman terutama kerjasama dalam bidang ekonomi, pendidikan, alam sekitar dan kelestarian selain bertukar pandangan mengenai isu serantau serta antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.
Perdana Menteri juga akan mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Jerman Frank-Walter Steinmeier.
Semasa di Berlin, Perdana Menteri akan menyampaikan ucapan di Yayasan Korber iaitu sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan yang memfokus kepada isu sosial dan politik serta ucaptama di SME Future Day 2024 anjuran Persatuan Perniagaan Kecil dan Sederhana Jerman (Bundesverband mittelstandische Wirtschaft - BVMW).
Perdana Menteri turut dijadual mengadakan pertemuan dengan kapten-kapten industri dan para pelabur berpotensi dari Eropah, sesi wawancara dengan media tempatan selain menghadiri majlis berbuka puasa bersama diaspora Malaysia di Jerman.
Anwar juga akan berkunjung ke Hamburg bagi menghadiri Majlis Makan Malam Persahabatan Asia Timur ke-101 (Ostasiatisches Liebesmahl) anjuran Persatuan Perniagaan Asia Pasifik Jerman di mana beliau dijadual menyampaikan ucaptama.
Beliau juga dijangka memberikan temu bual eksklusif kepada Agensi Akhbar Jerman.
Menurut Wisma Putra, lawatan rasmi Perdana Menteri itu dijangka mengeratkan lagi hubungan dua hala serta kerjasama pelbagai bidang di antara Putrajaya dan Berlin.
Jerman adalah rakan perdagangan terbesar Malaysia dalam kalangan negara anggota Kesatuan Eropah sejak tahun 2000 manakala Malaysia merupakan rakan perdagangan terbesar Jerman dalam kalangan negara anggota ASEAN.
Pada 2023, nilai dagangan Malaysia dengan Jerman meningkat sebanyak 5.9 peratus kepada RM63.45 bilion (US$13.90 bilion) berbanding RM59.87 bilion (US$13.62 bilion).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 09 2024
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan sulung beliau ke Jerman dari 10 hingga 15 Mac ini. - Gambar fail/BERNAMA
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Malaysia, Brunei terus perkukuh hubungan dan kerjasama
Malaysia dan Brunei terus memperkukuh hubungan serta kerjasama yang sedia terjalin antara kedua-dua negara.
Peningkatan pelaburan dalam sektor teknologi wajar dimanfaatkan syarikat tempatan - PM Anwar
Peningkatan pelaburan yang ketara terutamanya dalam sektor teknologi muktahir ini wajar dimanfaatkan syarikat tempatan agar rakyat terus mendapat peluang yang sewajarnya.
Perluas industri halal Malaysia melangkaui pensijilan - PM
Perdana Menteri berkata industri ini mempunyai potensi yang besar dengan nilai dagangan halal dunia mencecah berbilion dolar.
RM250,000 bagi latihan keusahawanan, digital anak muda Liga Muslim Pulau Pinang - PM Anwar
Kerajaan meluluskan peruntukan awal sebanyak RM250,000 untuk tujuan latihan bidang keusahawanan dan digital untuk anak muda Liga Muslim Pulau Pinang.
Kerajaan MADANI berada pada landasan betul dengan dasar yang jelas - TPM
Kerajaan MADANI berada pada landasan yang betul dalam mentadbir negara dengan dasar yang jelas, kata Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi.
PM Anwar hargai usaha, semangat tinggi dipamerkan petugas bencana banjir
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghargai usaha dan semangat tinggi dipamerkan petugas bencana banjir yang bertungkus lumus membantu menguruskan kebajikan serta keperluan mangsa.
PM sifatkan pemimpin guna sentimen perkauman sebagai golongan dangkal
Perdana Menteri berkata golongan ini turut mencerminkan sikap mereka yang berfikiran sempit dan berniat untuk menyemai kebencian dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
Gencatan senjata di selatan Lubnan elak lebih banyak keganasan, serangan - PM Anwar
Perjanjian gencatan senjata di Selatan Lubnan yang berkuat kuasa semalam akan mengelakkan lebih banyak keganasan dan serangan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malaysia berpeluang perluas keyakinan pelabur untuk terus pilih ASEAN - PM Anwar
Selaku Pengerusi ASEAN pada 2025, Malaysia berpeluang mengembangkan keyakinan pelabur untuk terus memilih ASEAN sebagai destinasi utama pelaburan.