awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesyuarat JPT-PPIP fokus perkasa pembangunan industri tuna negara - Ahmad Zahid
RUU Lembaga Keselamatan Pengangkutan Malaysia dijangka dibentang di Parlimen Jun ini
Kementerian Digital tumpu enam bidang pacu transformasi digital - Gobind
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM lancar program komuniti rendah karbon di Sengkang

Bernama
Bernama
13/12/2020
02:39 MYT
PM lancar program komuniti rendah karbon di Sengkang
Muhyiddin mendengar taklimat daripada wakil pengerusi perladangan berkelompok Batu 18 dan 19 Sengkang 1 Grisek. -Bernama
MUAR:Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan Program Komuniti Rendah Karbon di Kampung Sengkang Batu 22, Bukit Gambir.
Muhyiddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Gambir tiba di kampung berkenaan kira-kira 9 pagi, diiringi oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor Mohd Solihan Badri serta Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor Dr Chong Fat Full.
Beliau kemudian mendengar taklimat mengenai aktiviti pengolahan baja kompos oleh seorang pengusaha ternakan kambing di situ, Norazman Alias dan Pengerusi Program Komuniti Rendah Karbon Sengkang Raja Mohd Aidil Raja Sulaiman.
Muhyiddin turut mencuba sendiri mesin yang digunakan untuk mengisar najis ternakan yang kemudian dikeringkan selama dua minggu bagi proses seterusnya dalam pembuatan baja kompos.
Selain itu, perdana menteri juga melihat penggunaan biogas yang terhasil daripada sampah hasil aktiviti rendah karbon komuniti berkenaan.
Sementara itu, Raja Mohd Aidil berkata program komuniti rendah karbon yang bermula pada 2018 tersebut memperkenalkan beberapa aktiviti berkaitan rendah karbon kepada komuniti di kampung berkenaan.
Beliau berkata pada mulanya sukar memberi kefahaman kepada masyarakat luar bandar mengenai aktiviti rendah karbon yang merupakan perkara asing kepada mereka berbanding masyarakat bandar.
"Lama-kelamaan bila dah biasa, mereka boleh menerima dan turut mengamalkan aktiviti rendah karbon," katanya ketika ditemui pemberita.
Antara aktiviti rendah karbon yang dijalankan ialah pembelian sampah daripada penduduk kampung, pemprosesan baja kompos dan baja penggalak.-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#Program Komuniti Rendah Karbon
#Bukit Gambir
#Kampung Sengkang Batu 22
#Mohd Solihan Badri
#Chong Fat Full
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan