KUALA LUMPUR: Kerajaan melancarkan Skuad Keluarga Malaysia yang menyelaraskan semua mekanisme penyampaian bantuan untuk rakyat yang memerlukan di seluruh negara di bawah satu jentera.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Skuad Keluarga Malaysia itu diterajui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
“Ia adalah kolaborasi pelbagai agensi di bawah kementerian berbeza, pihak swasta dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
“Bagi pelancaran hari ini, seramai 10,000 anggota Skuad Keluarga Malaysia telah bersedia untuk digerakkan ke segenap pelusuk negara, bagi membantu rakyat yang terkesan ekoran pandemik.
"Jumlah ini dijangka bertambah apabila lebih banyak kementerian dan agensi serta sukarelawan Keluarga Malaysia mendaftarkan diri," katanya ketika merasmikan Majlis Prapelancaran Keluarga Malaysia di Angkasapuri, di sini pada Khamis.
Perdana Menteri berkata, pelancaran Skuad Keluarga Malaysia dibentuk hasil pelbagai gerak kerja dan usaha merentas kementerian dan agensi yang diatur bagi memudah cara pelaksanaan program dan inisiatif untuk rakyat dengan pantas serta berkesan.
Beliau memberitahu, ia merupakan langkah untuk menyemai budaya khidmat, berorientasikan prestasi bagi meringankan beban Keluarga Malaysia, yang memerlukan bantuan dan sokongan.
Justeru katanya, dalam usaha ini, kerajaan akan memastikan setiap produk Keluarga Malaysia memberi impak positif seperti yang diharapkan.
"Oleh itu, kerajaan turut memperkenalkan mekanisme Keberhasilan Kebahagiaan yang juga merupakan pelengkap kepada Petunjuk Prestasi Utama (KPI). Garis panduan ini akan dibentuk berasaskan nilai sejagat sedia ada, termasuk Indeks Kebahagiaan yang diguna pakai kebanyakan negara di seluruh dunia," katanya.
Bagi menjayakan inisiatif Skuad Keluarga Malaysia, lima kementerian utama dipilih sebagai kementerian pelaksaan, katanya.
Lima kementerian itu adalah Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kementerian Perpaduan Negara.
Sementara dua lagi meliputi Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Tugas-tugas Khas) dan JPM (Hal Ehwal Agama).
Astro Awani
Fri Oct 08 2021

Ismail Sabri berkata, Skuad Keluarga Malaysia adalah kolaborasi pelbagai agensi di bawah kementerian berbeza, pihak swasta dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan. - Gambar BERNAMA
Chong Wei antara duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei antara legenda sukan global yang berada dalam senarai Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk dilantik sebagai duta sukan Johor.
Tiga pemain warisan Harimau Malaya tiba minggu depan
Proses bagi mendaftarkan beberapa pemain warisan Harimau Malaya kini di peringkat akhir.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.
Penstrukturan semula Sapura Energy lalui kelulusan pemiutang, proses mahkamah
Penstrukturan semula Sapura Energy Bhd (SEB) sudah melalui kelulusan pemiutang serta proses mahkamah manakala suntikan kerajaan bukannya geran tetapi pelaburan ke arah memulihkan ekosistem minyak dan gas (O&G) yang strategik untuk ekonomi negara.

Kes rogol pelajar: Pengajar institut kemahiran di Kemaman direman
Seorang tenaga pengajar di sebuah institut kemahiran di Kemaman direman enam hari kerana disyaki merogol seorang pelajarnya, hujung tahun lepas.

Palsu dokumen, modus operandi sindiket tipu JPN peroleh sijil kelahiran - Saifuddin
Satu sindiket dikesan mengemukakan dokumen kelahiran palsu dan memperdaya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendapatkan sijil kelahiran sah untuk dijual dalam pasaran gelap.
Sindiket MyKad dan sijil kelahiran palsu tumpas
JPN menumpaskan sindiket pemalsuan MyKad dan sijil kelahiran dalam dua operasi berasingan. Beberapa individu ditahan, termasuk seorang peguam, dengan rampasan peralatan pemalsuan serta dokumen palsu yang digunakan untuk tujuan penipuan identiti.

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PM lancar Skuad Keluarga Malaysia, mekanisme penyampaian bantuan bawah satu jentera
Kerajaan melancarkan Skuad Keluarga Malaysia yang menyelaraskan semua mekanisme penyampaian bantuan untuk rakyat yang memerlukan di seluruh negara di bawah satu jentera.