awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
Hospital Doktor Tanpa Sempadan diserang di Sudan Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Laos lawat Malaysia esok untuk erat kerjasama

Bernama
Bernama
24/05/2025
14:30 MYT
PM Laos lawat Malaysia esok untuk erat kerjasama
Perdana Menteri Laos Sonexay Siphandone akan melakukan lawatan rasmi ke Malaysia mulai Ahad, dan mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatannya Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengeratkan lagi kerjasama. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Laos Sonexay Siphandone akan melakukan lawatan rasmi ke Malaysia mulai Ahad, dan mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatannya Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengeratkan lagi kerjasama.
Kementerian Luar dalam kenyataan berkata ini merupakan lawatan pertama Siphandone ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Laos pada Disember 2022.
Lawatan rasmi itu berlangsung menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-46, Sidang Kemuncak ASEAN-GCC ke-2 dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini pada 26 dan 27 Mei ini, yang mencerminkan hubungan kukuh serta berkekalan antara Malaysia dan Laos.
Kementerian Luar berkata Siphandone akan disambut oleh Anwar dalam satu majlis sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya, diikuti dengan mesyuarat dua hala.
"Mesyuarat itu akan memberi tumpuan kepada perkembangan hubungan dua hala yang berterusan, khususnya dalam bidang perdagangan dan pelaburan, pertahanan, pendidikan, tenaga boleh diperbaharui, pengangkutan, pelancongan, pembinaan kapasiti, pertanian, dan industri halal.
"Kedua-dua pemimpin itu juga akan terlibat dalam pertukaran pandangan yang substantif mengenai perkembangan serantau dan global, dengan penekanan terhadap kepentingan strategik ASEAN sebagai platform yang padu dan responsif untuk menangani kebimbangan bersama, terutamanya memandangkan cabaran geopolitik dan geoekonomi yang baru muncul," menurut kenyataan itu.
Siphandone akan diiringi pasangannya Vandara Siphandone, para menteri, dan pegawai-pegawai kanan kerajaan dalam lawatannya itu.
Tahun lepas perdagangan antara Malaysia dan Laos dicatatkan pada USD21.9 juta (RM99.7 juta), dengan eksport USD14.9 juta (RM67.8 juta), dan import USD7 juta (RM31.9 juta).
Malaysia merupakan pelabur asing kelima terbesar di Laos, dengan jumlah pelaburan bernilai USD942 juta, dengan 46 projek berdaftar, memfokuskan kepada sektor seperti tenaga boleh diperbaharui, pengangkutan dan logistik, telekomunikasi, pembinaan, perbankan dan perkhidmatan hotel.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri Laos
#Sonexay Siphandone
#lawatan rasmi
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan