Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melihat Forum Ekonomi Dunia (WEF) sebagai peluang keemasan untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, perdagangan dan pelancongan.
"Tujuan saya mengambil bahagian dalam WEF pada tahun ini ialah untuk mencapai beberapa objektif di mana yang utama sekali adalah bagi melakukan promosi untuk Malaysia," katanya kepada wartawan Malaysia di sini hari Khamis.
Penyertaan Najib merupakan kali pertama beliau sebagai Perdana Menteri dan atas jemputan pengasas WEF, Prof Klaus Schwab.
Beliau melihat forum berprestij itu sebagai satu peluang yang harus diambil kerana WEF menghimpunkan para pemimpin politik dan perniagaan dari seantero dunia.
Setiap tahun, penyertaan di WEF sentiasa meningkat dan pada tahun ini, ia mencecah lebih 3,000 penyertaan.
Najib memaklumkan yang beliau turut mengambil peluang mengadakan pertemuan termasuk mengadakan perbincangan dua hala bersama beberapa pemimpin dunia.
Antaranya termasuklah Ketua Pengarah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), Pascal Lamy, Menteri Kewangan Kanada, James M. Flaherty dan Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte.
"Semasa pertemuan dua hala bersama Menteri Kewangan Kanada, saya akan sampaikan penghargaan kerajaan Malaysia kepada kerajaannya yang telah meluluskan pelaburan besar Petronas di negara itu," katanya.
Petronas telah berjaya menyelesaikan pengambilalihan Progress Energy Resources Corp bernilai C$5.2 bilion pada Disember 2012.
Beliau juga berkata pertemuan bersama pemimpin korporat dunia akan turut diadakan.
"Saya akan mendengar cadangan mereka untuk melakukan pelaburan di Malaysia," katanya.
Antara konglomerat yang akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri pada hari ini ialah Mercuria Energy Switzerland, Itochu Corp, Hanwha Group, dan Evonik Industries AG.
Perdana Menteri juga berkata kemuncak penyertaan Malaysia di WEF ialah Malam Malaysia yang akan diadakan esok.
"Ramai dijangka hadir. Kita akan guna kesempatan untuk adakan beberapa acara yang menarik untuk kita highlight (ketengahkan) Malaysia dari pelbagai sudut," katanya.
Beliau percaya yang agenda transformasi negara iaitu Program Transformasi Ekonomi dan Model Baru Ekonomi serta perancangan masa depan negara akan menarik perhatian mereka yang akan hadir pada malam itu serta pertemuan-pertemuan yang bakal diadakan.
"Kita mempunyai cerita yang sangat menarik..a very good story line to tell the world (jalan cerita yang amat menarik untuk diberitahukan kepada dunia)."
Mengulas tentang promosi negara melalui majalah The Economist, sepanduk dan CNN sepanjang WEF ini berlangsung, Najib berkata, "Kisah kejayaan Malaysia akan kita paparkan bukan sahaja melalui pertemuan-pertemuan ini tetapi juga melalui medium seperti akhbar, majalah dan televisyen."
"Apabila mereka tahu sebenarnya apa yang kita lakukan di Malaysia terutama dari sudut potensi masa depan, saya percaya kita akan menjadi sebuah negara yang paling menarik bagi mereka membuat pelaburan sama ada pelaburan langsung asing (FDI), pasaran modal ataupun pelancong semata mata."
Najib kini sedang melakukan lawatan kerja selama empat hari di sini bersempena WEF sehingga 26 Jan ini.
Bernama
Thu Jan 24 2013
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Seorang lelaki dan wanita maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, pada Rabu.
MCMC kesan individu salah guna AI, sunting gambar aib - Fahmi
Langkah itu bertujuan membolehkan tindakan tegas diambil serta memastikan keselamatan pengguna dalam talian khususnya kanak-kanak, terjamin.
[TERKINI] Mahkamah: Suspek tembak KLIA dituduh cuba bunuh isteri
Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) didakwa lagi hari ini di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan termasuk cuba membunuh isterinya.
BzBee Consult syarikat komunikasi Bumiputera pertama merangkul anugerah perhubungan awam di Davos
BzBee Consult Sdn. Bhd, Agensi Komunikasi Strategik Bersepadu Bumiputera terkemuka, telah berjaya merangkul anugerah Kempen Komunikasi Global di Majlis Anugerah Komunikasi Davos 2023.
MITI akan lebih bersasar tarik pelaburan tepat, bermula dengan WEF, Davos - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, beliau telah mengadakan banyak sesi libat urus dengan dewan-dewan perniagaan dan kumpulan pelabur.
Ini masa depan kerja menurut pakar semasa WEF 2022
Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2022 yang berlangsung di Davos, Switzerland berakhir dengan jayanya 28 Mei lalu.
[KOLUMNIS] Hegemoni Barat menguasai Davos
Keperluan bagi Asia Tenggara untuk "bersuara" dan "menjaga kepentingan sendiri" kini menjadi suatu perkara yang lebih penting untuk disegerakan berbanding masa dulu.
WEF 2022: Mekanisme subsidi bersasar diumum tidak lama lagi - Tengku Zafrul
Kerajaan akan mengumumkan mekanisme pelaksanaan subsidi bersasar dalam masa terdekat selepas menerima kelulusan Kabinet.
Perlu ada pelaburan ke atas fasiliti kesihatan mental ketika pandemik - Heidi Larson
Kerajaan sesebuah negara perlu membuat pelaburan ke atas fasiliti menangani masalah kesihatan mental ketika pandemik COVID-19.
Forum Ekonomi Dunia ruang untuk Malaysia bekerjasama dengan masyarakat dunia
WEF merupakan platform terbaik untuk Malaysia menyampaikan suara kepimpinan negara dan juga rantau ASEAN dalam mengamalkan ekonomi yang terbuka, mampan dan memanfaatkan semua.
Bebas karbon: Negara kaya perlu main peranan - Bill Gates
Negara-negara kaya perlu memainkan peranan masing-masing dalam menjayakan penghasilan produk teknologi hijau di peringkat global.
WEF: Usaha sama antara negara, satu-satunya cara banteras COVID-19 - Xi Jinping
Kerjasama antara negara akan membuka ruang inovasi, kajian serta membangun dunia dalam fasa pasca-COVID-19.
WEF: AS perlu berhenti anggap China sebagai musuh - PM Singapura
Sekiranya kedua-dua negara tidak dapat bekerjasama, ia bukan sahaja akan menjejaskan negara tersebut malah negara lain turut terkena tempiasnya.