KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju meluluskan peruntukan kecemasan bagi pelaksanaan kerja penyelenggaraan jalan dan membina jambatan baharu yang putus di sepanjang Jalan Panabaan-Pensiangan di Nabawan.
Peruntukan itu susulan kejadian tanah runtuh yang berlaku pada 5 September lalu dan menyebabkan penduduk Kampung Salinatan dan sekitarnya terjejas kerana laluan berkenaan tidak boleh dilalui oleh semua kenderaan.
Ahli Parlimen Pensiangan, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, aduan berkaitan kejadian itu telah diterima oleh penduduk dari Kampung Salinatan.
"Hasil tinjauan mendapati, hujan lebat mengakibatkan tanah runtuh di beberapa lokasi sehingga jalan utama tidak boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu berkata, Pejabat Daerah Nabawan bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) Nabawan serta-merta menjalankan kerja penyelenggaraan sementara agar penduduk kampung dapat menggunakan jalan utama tersebut selain menambah kekuatan jentera berat yang beroperasi pada 8 September lalu.
"Saya sentiasa memantau situasi di kawasan kejadian dan telah mencadangkan kepada Pejabat Daerah Nabawan agar lokasi sekitar terbabit diisytiharkan sebagai kawasan bencana supaya Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dapat menghulurkan bantuan segera.
"Hasil pertemuan dengan Perdana Menteri pada 14 September lalu, beliau bersetuju untuk meluluskan peruntukan kecemasan bagi pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan jalan dan membina baharu jambatan," jelasnya.
Katanya lagi, beliau amat bersimpati dengan kejadian bencana alam yang berlaku itu.
"Saya akan berusaha dengan sedaya upaya bagi mempercepatkan kerja-kerja pembaikan jalan untuk kemudahan masyarakat di kawasan tersebut.
"Saya bagi pihak penduduk Kampung Salinatan amat berterima kasih kepada semua yang telah menghulurkan bantuan kecemasan dan turut mengalu-alukan sekiranya terdapat mana-mana pihak yang ingin menghulurkan bantuan supaya dapat berhubung dengan Pegawai Daerah Nabawan selaku Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah bagi tujuan penyelarasan serta memastikan bantuan tersebut sampai kepada penerima," ujarnya.
Sebelum itu, Sinar Harian pada Sabtu melaporkan lebih 300 penduduk mendiami empat perkampungan di Pensiangan, terputus bekalan makanan hampir seminggu berikutan laluan utama ke kawasan itu tidak boleh dilalui akibat tanah runtuh.
Sebanyak 76 keluarga terjejas akibat kejadian yang berlaku di sepanjang jalan daerah itu termasuk jambatan dihanyutkan oleh arus deras.
Kampung yang terjejas ialah Kampung Salinatan, Kampung Tulir, Kampung Bolar Baru dan Kampung Kasumunsing, selain guru serta kakitangan di Sekolah Kebangsaan (SK) Salinatan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Sep 16 2023
Arthur berkata, hasil pertemuan dengan Perdana Menteri pada 14 Sept lalu, beliau setuju meluluskan peruntukan kecemasan bagi pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan jalan dan membina jambatan baharu. - Gambar fail
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
PM Anwar ucap tahniah kepada skuad FAM eRimau, Ahmad Muhaimin
Dalam aksi final semalam, skuad FAM eRimau mencipta sejarah apabila menjuarai kejohanan itu selepas menewaskan Maghribi 2-0.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Kadar subsidi FLYsiswa naik kepada RM400 bermula Januari 2025 - PM Anwar
Kerajaan bersetuju menaikkan RM100 kadar bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan menerusi FLYsiswa kepada RM400 seorang bermula 1 Januari 2025.
RCI Batu Puteh: Anwar serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang
Laporan RCI mengesyorkan siasatan jenayah terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut Seksyen 415(b), 417, dan 418 Kanun Keseksaan.
PM Anwar ingatkan AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kerangka digital dulu permulaan, kini kemestian - PM
Katanya, ketika menerajui Kementerian Kewangan lebih 20 tahun lalu, industri pendigitalan hanya dianggap satu permulaan dan bukan kemestian.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar terima kunjungan Menteri Luar Denmark
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Menteri Luar Denmark Lars Lokke Rasmussen di Bangunan Parlimen.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).