KUALA LUMPUR:Penjelasan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai keperluan pelaksanaan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu 2021) masih tidak menjawab soalan tentang penggantungan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, tegas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata, tidak ketinggalan banyak lagi soal lain yang tidak disentuh mengenai justifikasi darurat seperti soal pendidikan, kesan kepada peniaga-peniaga kecil serta keperluan menaikkan denda kepada orang awam yang melanggar prosedur operasi standard (SOP)
“(Penjelasan Perdana Menteri) banyak tertumpu kepada soal hanya masalah kilang dan masalah pekerja asing dan penguatkuasaan SOP yang memang kita setuju, tetapi denda tambahan saya tidak setuju.
“Selain itu saya nak tanya walaupun sebelum saya baca (teks ucapan Perdana Menteri) sepenuhnya… yang nak gantung Parlimen sebab apa? Gantung Dewan Undangan Negeri (DUN) apa kena mengena? Tapi kita tahu sebabnya, gantung Parlimen sebab mereka (Perikatan Nasional) dah hilang majoriti,” katanya lagi.
Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata demikian ketika mengendalikan sesi Bicara Covid-19 Dan Kesiapsiagaan Negeri, yang disertai Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari; Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan juga dilihat tidak memahami penderitaan rakyat di bawah dengan langkah membataskan perniagaan peniaga-peniaga kecil serta mengenakan denda dengan jumlah yang tidak munasabah.
"Orang cari makan nak kena denda, manalah nak boleh bayar. Jadi nak ugut orang ramai dengan denda daripada RM1,000 nak tambah lagi jadi RM1,500… RM2,000, itu semua akan bawa bencana baharu kepada rakyat,” tegas beliau lagi.
Sementara itu, Menteri-menteri Besar dan Ketua Menteri di bawah Pakatan Harapan juga senada dengan Anwar, bahawa akta sedia ada boleh digunakan bagi memperkasakan kesihatan awam, tanpa perlu ordinan sebegitu.
Amirudin dalam sesi dialog itu berkata, Perdana Menteri boleh menggunakan kuasa di bawah peruntukan ordinan untuk perkara yang lebih membantu rakyat.
Selain menyumberluar keperluan kesihatan awam kepada sektor swasta, beliau berkata, Perdana Menteri juga boleh menetapkan harga siling untuk ujian saringan supaya tidak terlalu membebankan rakyat
"Saya percaya dengan kuasa sedia ada boleh tetapkan harga test, sebab test kit pada pasaran ketika ini kadang-kadang hospital swasta letak tinggi. Patut letak harga siling RM150 atau RM160 sahaja.
“Saya sudah suarakan dalam Majlis Keselamatan Negeri, exercise your power Prime Minister, untuk tetapkan harga kepada harga mampu milik dan boleh disubsidi kerajaan. Dengan itu justifikasi darurat akan menjadi lebih baik,” katanya lagi.
Sementara itu, Kon Yeow pula berpendapat, masih tiada justifikasi kukuh mengenai keperluan menggantung Parlimen dan DUN.
“Saya setuju sangat dengan Menteri Besar Selangor, kalau kuasa darurat digunakan untuk memperkasakan public health measures dan resources, tiada sapa akan pertikaikan
“Tetapi berbanding dengan mengugnakan untuk tujuan politik, sehingga kini tak ada apa-apa justifikasi dan alasan yang dapat meyakinkan rakyat bahawa Parlimen dan DUN perlu dihentikan mesyuarat,” katanya lagi.
Bagi Aminuddin pula, rakyat perlu tahu apa jenis nasihat yang diberikan jawatankuasa khas terhadap Yang di-Pertuan Agong berhubung situasi semasa pandemik.
"Saya tak nampak apa yang Proklamasi Darurat itu lakukan… jawatankuasanya bersidang atau tidak, mungkin ada jawatankuasa tertentu sudah bersidang.
“Apakah nasihat diberikan kepada Agong juga perlu kita ketahui, supaya sepatutnya dapat dimulakan. Sudah dua minggu lebih (Ordinan Darurat dilaksanakan) dan rakyat tertunggu-tunggu,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Thu Feb 04 2021

Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan tindakan Perdana Menteri yang masih tidak menjawab soalan tentang penggantungan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. - Gambar fail

Politik | Tiada parti boleh bentuk kerajaan majoriti
Semua parti politik perlu sedar tiada sesiapa boleh membentuk kerajaan secara majoriti dan pentadbiran sendiri, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke.

SRC International: Hakim bagaikan 'terdorong' putus Najib bersalah - Peguam
Mahkamah Rayuan pada Selasa diberitahu Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bagaikan terdorong untuk memutuskan bekas Perdana Menteri, Najib Tun Razak bersalah.

Wakaf | Penjawat awam digalak berwakaf melalui potongan gaji
Bagi meningkatkan tabungan dana dan aset wakaf negara, satu inisiatif perlu dirangka di peringkat Kerajaan Persekutuan untuk menggalakkan penjawat awam berwakaf, khususnya secara berkala melalui potongan gaji.

#YakiniVaksin: Kempen tangani mitos, salah faham vaksin COVID-19
Inisiatif itu dilaksanakan selepas rakyat sering dimomok oleh pelbagai mitos, teori konspirasi dan salah faham yang tersebar meluas tanpa tapisan terutama di media sosial.

Beri laluan Najib kemudi parti pada PRU15 - Ketua UMNO Kubang Pasu
Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kelebihan untuk kembali memimpin UMNO dan membawa kebangkitan semula parti seperti sebelum ini.

AWANI Ringkas: Penjawat awam digalak berwakaf | Sebanyak 1,018,937 dos suntikan vaksin telah diberikan

Wanita tidak sedar diri hamil, sehinggalah melahirkan bayi dalam tandas
Seorang wanita hanya mengetahui dirinya hamil selepas dia melahirkan seorang bayi dalam tandas rumahnya.

KKM kaji kemungkinan wujud varian baharu di Sarawak - Dr Adham
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengkaji kebarangkalian wujudnya varian baru COVID-19 di Sarawak.

Petugas media di kawasan berisiko akan diberi vaksin - Menteri Kesihatan
Jawatankuasa khas jaminan akses vaksin putuskan dalam fasa kedua, pihak media yang juga merupakan petugas barisan hadapan akan diberikan vaksin.

Warga emas meninggal dunia di kaki lima di pagi 1 Ramadan
Ketika polis sedang membuat pemeriksaan, telefon bimbit mangsa berbunyi dan panggilan tersebut adalah dari anak mangsa yang sedang mencari mangsa.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita dalam negara yang menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 12 April 2021.

Ahli UMNO diminta berhenti lagakan pemimpin parti - Hishammuddin
Ahli UMNO diminta untuk berhenti dari melaga-lagakan pemimpin termasuk cubaan untuk mewujudkan kem-kem tertentu.

Audio tular: Bila bab video dan audio ini Azmin sememangnya pandai, sindir Anwar
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara sinis menyifatkan Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai 'pakar audio dan video'.

Audio tular: Tun Faisal ajak Zahid Hamidi bersumpah untuk bersihkan nama
Tun Faisal terpalit dengan tuduhan menjadi individu terlibat merakam atau mencipta audio yang tular itu.

Audio tular: Azmin yakin sahih, pengkhianatan terbesar Anwar
Azmin sifatkan tindakan Anwar itu merupakan satu pengkhianatan terbesar kepada PKR dan Pakatan Harapan (PH) secara umumnya.

Audio tular: Pihak berkuasa akan siasat secara profesional dan adil - Takiyuddin
Kerajaan menyerahkan sepenuhnya siasatan berkaitan isu berkenaan kepada pihak polis.

PH kekal sokong Anwar Ibrahim, tiada perpecahan dalam parti komponen - Anthony Loke
Jelas Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke Siew Fook, Ketua Pembangkang itu juga kekal sebagai calon Perdana Menteri bagi PH.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita dalam negara yang menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 10 April 2021.

PH sedia runding dengan semua pihak kecuali kleptokrat
Majlis Presiden PH mengambil pendekatan -khembah besar- bagi menyatupadukan rakyat Malaysia tanpa mengira latar politik mereka bagi memulihkan demokrasi negara.

Beza pandangan dalam BN tidak akan pecah belah parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri Yaakob mengakui wujud perbezaan pandangan dalam kalangan parti-parti komponen BN, namun beliau yakin perbezaan itu tidak akan memecah belahkan gabungan berkenaan.