PM merafak sembah ucapan tahniah ulang tahun keputeraan Sultan Kelantan

Bernama
September 30, 2023 13:47 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah, ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang ke-54 Sultan Kelantan Sultan Muhammad V. - Foto Sinar Harian/FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah, ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang ke-54 Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.
Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Anwar mendoakan semoga Sultan Muhammad V dan seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.
"Semoga Duli Tuanku kekal qarar memerintah rakyat negeri Kelantan dengan adil dan saksama. Patik dan sekalian rakyat akan terus memberikan ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi.
"Semoga Allah melindungi Tuanku dunia dan akhirat. Dirgahayu Tuanku," katanya.
-- BERNAMA
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim #ucapan tahniah #ulang tahun hari keputeraan #Sultan Kelantan Sultan Muhammad V