PM merafak sembah ucapan tahniah ulang tahun keputeraan Sultan Selangor

Bernama
Disember 11, 2023 05:51 MYT
Perdana Menteri mendoakan semoga Sultan Sharafuddin, Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dan seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya. - Foto FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah dan ucapan tahniah sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-78 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar mendoakan semoga Sultan Sharafuddin, Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dan seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.
"Patik dan sekalian rakyat akan terus memberikan ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi. Dirgahayu Tuanku," katanya.
-- BERNAMA
#Anwar Ibrahim #ulang tahun Hari Keputeraan ke-78 Sultan Selangor #Sultan Sharafuddin Idris Shah #merafak sembah