awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM merafak ucapan tahniah sempena ulang tahun keputeraan Agong esok

Kenyataan Media
Kenyataan Media
04/06/2023
13:00 MYT
PM merafak ucapan tahniah sempena ulang tahun keputeraan Agong esok
Anwar turut mendoakan agar Seri Paduka; Raja Permaisuri Agung, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan seluruh kerabat diraja sentiasa dilimpahi rahmat. - FB Anwar Ibrahim.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, esok.
Dalam sebuah kenyataan pada Ahad, beliau turut mendoakan agar Seri Paduka; Raja Permaisuri Agung, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan seluruh kerabat diraja sentiasa dilimpahi rahmat serta hidayah dan berada dalam keadaan sihat, sejahtera serta penuh kedaulatan.
Anwar mendoakan agar baginda kekal qarar memerintah dengan adil dan saksama serta terus berada pada kedudukan paling tinggi dalam Perlembagaan negara.
Ia seiring fungsi institusi diraja sebagai pelindung agama Islam dan menjadi lambang perpaduan dan kesejahteraan semua kaum di negara yang tercinta.
Anwar juga menegaskan, beliau dan seluruh rakyat akan terus memberikan ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada institusi Raja Berperlembagaan.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Yang di-Pertuan Agong
#perpaduan
#Hari Keputeraan Rasmi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan