Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) merupakan satu langkah yang luar biasa memandangkan ia tidak pernah dibuat dalam sejarah negara sebelum ini.
Lebih menggusarkan hati Ahli Parlimen Pagoh itu, ialah mengenai penerimaan masyarakat memandang rakyat di negara ini tidak pernah dikekang pergerakan mereka sejak berzaman-zaman lamanya.
Namun Muhyiddin berkata, beliau amat berbangga melihat tahap kepatuhan rakyat Malaysia yang cukup tinggi, sekali gus menunjukkan sikap bertanggung jawab mereka untuk bersama-sama mengekang penularan wabak COVID-19 di negara ini.
“Tidak ada satu perkara yang boleh kita jadi rujukan sebagai contoh. Tapi dengan adanya kepatuhan kepada arahan kerajaan seperti jangan bergerak ke mana-mana, duduk diam di rumah, jaga kebersihan diri, saya fikir itu kesan yang paling baik.
“Kita dapat mengawal wabak itu merebak seperti mana yang kita lihat berlaku di sesetengah negara hingga menjadi agak di luar kawalan, tetapi Malaysia agak sudah dikatakan terkawal,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian dalam satu wawancara eksklusif bersama Editor Astro AWANI Essan Yahya, dan penyampai berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) Zaleha Khairene Ismail di Bangunan Putra Perdana, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan yang diketuainya tidak akan terhenti di situ, sebaliknya mereka juga harus meningkatkan lagi usaha dalam memastikan bagaimana memastikan kehidupan masyarakat terjamin ketika pasca-PKP.
“Kesan daripada langkah itu ialah, ramai rakyat yang tidak mampu untuk menjalankan urusan harian...tidak boleh bekerja, tidak boleh berniaga, orang seperti Makcik Kiah ke, Pak Salleh ke, siapa pun yang kita sebutkan dalam ucapan saya tu...itu satu daripada petanda kesannya.
“Jadi apa dia cabarannya? Cabaran nak menguruskan … satu the life of our people, secondly the livelihood of our people, iaitu kehidupan mereka.
"Bagaimana kita nak menangani masalah sebegitu. Sebab itu sebagaimana yang kita tahu, ada langkah-langkah susulan yang kita telah ambil untuk menangani dan mengatasi masalah itu,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Sat Apr 25 2020

Muhyiddin berbangga melihat tahap kepatuhan rakyat Malaysia yang cukup tinggi, sekali gus menunjukkan sikap bertanggungjawab mereka. - Foto BERNAMA
![[TERKINI] PH rayu Agong titah sidang Parlimen diadakan [TERKINI] PH rayu Agong titah sidang Parlimen diadakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893740/24668264391614872349651_640x360.jpg)
[TERKINI] PH rayu Agong titah sidang Parlimen diadakan

Aktiviti hiburan catat kesalahan tertinggi semalam - Ismail Sabri
Kesalahan berulang itu menjadi antara sebab mengapa kerajaan meningkatkan hukuman kepada mereka yang ingkar SOP.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Polis tahan dua beradik kerana disyaki membunuh
Polis menahan dua beradik lelaki hari ini, kerana disyaki membunuh seorang peneroka selepas satu pertengkaran di sebuah rumah di Felda Mempaga 3, Bentong, semalam.

Bagaimana mengerjakan ibadah umrah ketika ini?
Ketua Pegawai Eksekutif TH Travel & Services, Datuk Ahmad Ruzman Ahmad Razali menjelaskan perjalanan proses ibadah umrah di Masjidil Haram mengikut SOP yang ditetapkan di sana.

Begini cara menunaikan umrah ketika ini
Ketua Pegawai Eksekutif TH Travel & Services Sdn Bhd, Datuk Ahmad Ruzman Ahmad Razali kongsi perjalanan proses menunaikan ibadah umrah di bawah SOP.

Jawatankuasa Bebas Darurat menjadi pengimbang urus tadbir negara
Ahli Jawatankuasa Bebas Darurat 2021, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin tidak melihat kedudukan kerajaan akan diancam dengan kewujudan jawatankuasa yang terdiri daripada ramai tokoh berpengalaman dari pelbagai latar belakang.

Kelebihan gerak kerja Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021
Jelas ahli Jawatankuasa Bebas Darurat 2021, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin, berada di dalam tempoh darurat membolehkan gerak kerja kerajaan yang mendesak dapat dibuat segera tanpa pelbagai lapisan proses pelaksanaan.

Fungsi Jawatankuasa Bebas Darurat 2021
Mufti Perlis merangkap salah seorang ahli Jawatankuasa Bebas Darurat 2021, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin menjelaskan fungsi jawatankuasa tersebut dalam menilai dan melapor segala gerak kerja dalam tempoh darurat kepada DYMM Yang Dipertuan Agong.

COVID-19: 1,745 jangkitan baharu, tujuh kematian
Malaysia merekodkan 1,745 jangkitan baharu akibat COVID dalam tempoh 24 jam menjadikan angka keseluruhan kini sebanyak 330,850 kes.

COVID-19: Tujuh kluster baharu melibatkan tempat kerja, kumpulan risiko tinggi
Terdapat tujuh kluster baharu melibatkan enam kluster berkaitan tempat kerja dan satu kluster yang melibatkan kumpulan berisiko tinggi.

COVID-19: 1,555 kes baharu, enam kematian
Sebanyak 1,555 kes baharu COVID-19 direkodkan pada Selasa menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 304,135 kes.

Kejayaan hasil vaksin COVID-19, pasangan saintis dianugerah darjah tertinggi Jerman
Sahin dan Tureci dianugerahkan Darjah Kebesaran Merit Komandan Ksatria, iaitu salah satu penghormatan tertinggi yang diberikan oleh Jerman.

Kecurian vaksin COVID-19 di Tennessee disiasat
Pesuruhjaya Kesihatan Tennessee mendedahkan telah meminta penguatkuasa undang-undang persekutuan menyiasat dakwaan kecurian dos vaksin koronavirus di negeri yang paling ramai penduduk berkenaan.

COVID-19: Kes positif global lebih 112.8 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini mencecah 112.84 juta berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

COVID-19: Pengedaran vaksin di AS meningkat 70 peratus
White House memaklumkan beberapa daerah di Amerika Syarikat akan menerima bekalan vaksin COVID-19 bagi minggu kelima.

Rancang pemberian vaksin, elak bekalan terputus - Pakar
Kerajaan perlu membuat perancangan dan strategi yang khusus dalam memastikan proses pemberian vaksin berjalan dengan lancar dan teratur.

COVID-19: Jangkitan global 111.2 juta, kematian lebih 2.46 juta
Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan 28,121,178 kes positif.

COVID-19: Enam kluster baharu di tempat kerja dikenal pasti
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan pertambahan enam kluster baharu yang kesemuanya melibatkan tempat kerja.