awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Muhyiddin bertolak ke Arab Saudi hari ini untuk lawatan rasmi

Bernama
Bernama
06/03/2021
05:35 MYT
PM Muhyiddin bertolak ke Arab Saudi hari ini untuk lawatan rasmi
Muhyiddin berkata lawatannya itu cukup signifikan kerana antara lain akan membincangkan pelbagai usaha untuk memperkukuh hubungan dua hala. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berlepas ke Arab Saudi untuk lawatan rasmi sulung beliau ke Asia Barat.
Muhyiddin, dalam hantaran di laman Facebook rasmi beliau berkata lawatan itu adalah bagi memenuhi jemputan Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al-Saud, yang juga penjaga dua masjid suci.
"Insya-Allah, saya akan menunaikan umrah di tanah suci Makkah dan melakukan ziarah di Madinah terlebih dahulu sebelum memulakan program rasmi di Istana Al-Yamamah di Riyadh, pada 9 Mac ini.
"Selain menghadap Raja Salman, saya dijadual mengadakan pertemuan dengan Putera Mahkota Mohammed Salman Abdulaziz Al-Saud, yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan kerajaan Arab Saudi," katanya.
Beliau berkata lawatannya itu cukup signifikan kerana antara lain akan membincangkan pelbagai usaha untuk memperkukuh hubungan dua hala serta meneroka kerjasama baharu dalam bidang perdagangan, pelaburan dan hal ehwal Islam yang mampu melonjakkan hubungan baik sedia ada ke tahap yang lebih tinggi.
BACA: Terima jemputan Raja Salman, Muhyiddin bakal adakan lawatan ke Arab Saudi
Sumber Facebook ts.muhyiddin
Katanya perihal mengenai kuota haji dan urusan umrah juga tidak ketinggalan akan dibincangkan pada pertemuan itu kelak.
"Dari Arab Saudi, Insya-Allah saya akan terus ke Emiriyah Arab Bersatu (UAE) untuk bertemu Putera Mahkota Abu Dhabi Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan dan Perdana Menteri UAE yang juga Pemerintah Dubai Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#Facebook
#umrah
#Arab Saudi
#Islam
#Dubai
#UAE
#Madinah
#Perdana Menteri
#kerajaan
#pelaburan
#Haji
#Asia
#kuota haji
#lawatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan