awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM mulakan lawatan kerja sehari ke Kuching

Munirah Mudzamli
Munirah Mudzamli
23/10/2021
04:56 MYT
PM mulakan lawatan kerja sehari ke Kuching
Ketibaan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) disambut Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan pemimpin lain. - Foto JAPEN
KUCHING: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) bagi lawatan kerja sehari pada Sabtu.
Beliau tiba tepat pada jam 10.50 pagi diiring Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim.
Ketibaan Ismail Sabri di terminal KIA disambut oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, serta beberapa pemimpin negeri lain.
Ini merupakan lawatan kerja rasmi pertama beliau ke negeri Bumi Kenyalang selepas menyandang jawatan Perdana Menteri sejak 20 Ogos lalu.
Beliau dijadual menghadiri beberapa program antaranya Taklimat Pembangunan Negeri oleh Unit Perancangan Ekonomi (EPU) disusuli lawatan ke tapak pembinaan Hospital Petra Jaya untuk melihat perkembangan terkini projek berkenaan pada jam 3 petang.
Pada sebelah malam, Ismail Sabri akan menghadiri Majlis Pelancaran Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#lawatan kerja
#Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan