Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan Wawasan 2020 gagal mencapai matlamat dan sasarannya.
Sebaliknya, kerajaan masih berjaya mencapai misi dan visi melalui Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang akan meneruskan kesinambungan wawasan berkenaan untuk pembangunan rakyat.
"Kalau kita kurangkan poli thinking mungkin kita boleh mudahkan matlamat. Pada hakikatnya, kita bukan gagal (wawasan 2020) tetapi kita akui ada kelemahan.
"Kalau kita tetapkan satu sasaran, sasaran itu mestilah sasaran yang ambitious, kalau tidak ia tiada maknanya," katanya semasa menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff di dewan rakyat yang mahu tahu sama ada Wawasan 2020 gagal dan apakah kekangan dalam mencapai matlamat untuk menjadi sebuah negara maju.
Jelasnya, beliau mengakui misi kerajaan ada kekurangan, namun ia disebabkan faktor luaran.
"Faktor-faktor luaran ini luar dari kawalan kita umpananya kalau ada kemelesetan ekonomi dunia, harga minyak dunia dan komoditi yang merudum. Kita andaikan persekitaran yang kondusif.
"Namun kalau persekitaran sebaliknya, kita kena terima ia membawa kesan kepada pencapaian kita," katanya.
Justeru katanya, Malaysia tidak pernah menolak Wawasan 2020 yang pernah dicetuskan oleh pemimpin terdahulu.
"Saya nak katakan bahawa kita tidak menolak Wawasan 2020. Ada orang kata menolak wawasan itu. Tidak. Ini adalah merupakan kesinambungan," jelasnya.
Kata Perdana Menteri, Malaysia mahu strategi kebangsaan dan pelan pelaksanaan bagi memastikan sasaran TN50 tercapai.
"Namun apa yang berbeza antara pendekatan kita hendak supaya ada strategi kebangsaan dan ada pelan pelaksanaan supaya bukan kita menetapkan sasaran TN50 nanti tetapi kita nak pastikan bagaimana kita nak sampai kepada matlamat yang kita kehendaki rakyat Malaysia," katanya lagi.
Najib berkata kerajaan memulakan TN50 agar wawasan itu akan dapat dirasai oleh rakyat.
"Jadi kita nak sebuah visi yang dikongsi, maka kita mesti adakan proses di mana rakyat merasakan sense of belonging melalui proses dialog apabila kita dapat kumpul semua pandangan dan akan merangka hala tuju baru maka saya yakin rakyat akan anggap inilah asprasi rakyat," kata beliau.
Rahimah Abdullah
Wed Mar 08 2017
Jelas Najib, beliau mengakui misi kerajaan ada kekurangan, namun ia disebabkan faktor luaran. - Gambar Bernama
Australia tekan gergasi teknologi bayar kandungan berita
Australia bercadang memperkenalkan peraturan baharu untuk memastikan syarikat teknologi besar membayar syarikat media atas kandungan berita yang dipaparkan di platform mereka.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
37 rakyat Palestin maut dalam serangan udara di Gaza
Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Dokumen Dasar Francais Negara dibentang kepada jemaah menteri esok
Dokumen Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) akan dibentangkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
‘Saya cuba lakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai’ - Dr Sam
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar seakan memberi bayangan di sebalik tindakannya yang meletak jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada Rabu.
Saya amat bersyukur - Zahid ulas keputusan Mahkamah Rayuan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan beliau dalam kes rasuah Visa Luar Negara (VLN).
AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Para Dunia: Ziyad Zolkefli buru rekod dunia di Paris
Selepas membuat lontaran sejauh 17.30 meter dalam Sukan SEA Kemboja Mei lalu, Ziyad Zolkefli optimis berpeluang untuk mengatasi rekod dunia iaitu 17.35m.
Bandar hilang berusia 3,000 tahun ditemui di Mesir
Kawasan yang ditemui menerusi satu misi arkeologi itu lengkap dengan tinggalan struktur rumah yang diperbuat daripada tanah liat, serta artifak-artifak bersejarah dan alatan dari zaman firaun.
Misi perdagangan ke Korea Selatan, Jepun jana potensi pelaburan RM16.05 bilion - MITI
Syarikat-syarikat di Korea Selatan telah komited untuk melabur sejumlah RM7.3 bilion di Malaysia dalam masa terdekat.
Ebit Lew Islamkan satu kampung di Sabah
Ebit menceritakan beliau ke Pulau Tatagan Semporna dalam misi bantuan kemanusiaannya ke Negeri Di Bawah Bayu.
SpaceX lancar misi satelit Starlink ke-18
Elon Musk bercadang untuk melancarkan beribu-ribu satelit jenis panel flat kompak ini dalam usaha menambah baik perkhidmatan internet global.
'Saya mohon maaf' - Zakir Naik akui tiada niat sakiti hati masyarakat bukan Islam
Beliau tidak mempunyai niat untuk menyinggung mana-mana individu atau masyarakat yang sememangnya bertentangan dengan prinsip Islam.
Kenapa jururawat dipanggil 'Misi'?
Panggilan itu bukanlah asing malah menjadi panggilan mesra buat jururawat di Malaysia.
Tentang seorang jururawat bernama Hamidah, ibu saya
Dia tidak pernah mengimpikan kehidupan sebagai seorang jururawat, tetapi jalan itu dipilih ibu kepada tiga anak ini demi menyara keluarga tercinta.
Berjalan 1,293km sebar mesej kesedaran kanser
Tiga sahabat mengambil inisiatif meningkatkan kesedaran masyarakat keperluan membuat saringan awal pemeriksaan kanser.
'Kapal selam' mini tidak digunakan, tetapi...
Elon Musk, dalam kenyataan di Twitter memberitahu, biarpun 'kapal selam' berkenaan tidak digunakan dalam misi kali ini, pihaknya masih optimis ia mampu berfungsi dengan baik.