[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
MALAYSIA

PM Najib bimbang mangsa banjir ramai, mahu semua bersiap sedia

Astro Awani 23/01/2017 | 11:26 MYT
Sejumlah 3,916 mangsa banjir di Kelantan sedang mendapatkan perlindungan di pusat pemindahan manakala jumlah mangsa di Terengganu ialah 175 orang. - Gambar fail
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan kebimbangan beliau susulan beberapa kawasan di Pantai Timur sedang dilanda gelombang baharu banjir yang menyebabkan jumlah mangsa yang ramai.
Justeru beliau mahu semua agensi kerajaan bersiap sedia untuk memberi apa jua bentuk bantuan kepada mangsa-mangsa di kawasan terjejas.
"Kita harus pastikan bantuan sama ada dari segi pemindahan dan penempatan sementara, atau berkaitan pemulihan pascabanjir sampai kepada (mereka) yang memerlukan," katanya menerusi laman Twitter rasmi beliau hari ini.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menurut portal Infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat, sejumlah 3,916 mangsa banjir di Kelantan sedang mendapatkan perlindungan di pusat pemindahan manakala jumlah mangsa di Terengganu ialah 175 orang.
#banjir pahang #Banjir pantai timur #banjir terengganu #Najib Razak #Perdana Menteri