awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skandal FAM: 'Perlu tahu pasukan mana juara kumpulan agar masuk balang undian ...' - Windsor
Lelaki tempatan maut ditembak di Klang
Ibu kandung, bapa tiri ditahan kes dera kanak-kanak di Nilai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Najib kutuk serangan pengganas di Arab Saudi

Astro Awani
Astro Awani
05/07/2016
10:47 MYT
PM Najib kutuk serangan pengganas di Arab Saudi
NAJIB: Kami mengutuk perbuatan kejam ini, yang dilakukan di kawasan Masjid Nabawi di bandar suci Madinah dan ini bukannya Islam. - Gambar fail
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengutuk keras serangan pengganas di tiga bandar raya Arab Saudi yang meragut empat nyawa dan menyebabkan lima orang cedera.
"Pagi ini, saya sekali lagi terkejut menerima berita tentang letupan bom yang menggegarkan tiga bandar raya di Arab Saudi.
"Kami mengutuk perbuatan kejam ini, yang dilakukan di kawasan Masjid Nabawi di bandar suci Madinah dan ini bukannya Islam," kata Najib menerusi akaun Twitter beliau pada Selasa.
This morning, I am again shocked to receive alerts on bombings rocking three cities across Saudi Arabia.
— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) July 5, 2016
We condemn such vile acts happened especially within the Prophet's Mosque's vicinity in the holy city of Medina & this is not Islam.
— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) July 5, 2016
Serangan di Masjid Nabawi itu adalah yang ketiga berlaku di Arab Saudi, susulan serangan di beberapa tempat lain di rantau ini di penghujung Ramadan.
Empat yang terkorban itu merupakan anggota pasukan keselamatan, dan setakat ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab ke atas tiga serangan itu.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Siri letupan gegarkan Arab Saudi
Dua lagi serangan berlaku di tempat lain, satu berhampiran pejabat konsul Amerika Syarikat di Jeddah dan satu lagi di sebuah kawasan masyarakat Syiah di Qatif.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan pada Selasa mengesahkan, tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kejadian letupan di perkarangan Masjid Nabawi di Madinah.
Topic Berkaitan
#Madinah
#Najib Razak
#Perdana Menteri
#Saudi Arabia
#serangan bom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan