awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Najib lakukan lawatan mengejut ke Hospital Serdang

Bernama
Bernama
26/01/2017
13:15 MYT
PM Najib lakukan lawatan mengejut ke Hospital Serdang
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membuat lawatan mengejut ke Hospital Serdang. - fotoBERNAMA
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membuat lawatan mengejut ke Hospital Serdang di sini bagi melihat sendiri persekitaran serta keselesaan di hospital itu yang dibina pada tahun 2005.
Beliau yang diiringi Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Datuk Seri Dr Chen Chaw Min dan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah melawat wad kecemasan, wad bersalin dan wad biasa.
Najib yang tiba pada kira-kira 5.30 petang, meluangkan kira-kira satu jam melawat hospital itu dan beramah mesra dengan pesakit serta keluarga dan mendapat penerangan daripada Pengarah Hospital Serdang Dr Rohana Johan.
Bercakap kepada pemberita selepas melakukan lawatan dan tinjauan itu, perdana menteri berkata: "Sebagai sebuah kerajaan, kita sentiasa menekankan bagaimana memberikan perkhidmatan kesihatan yang lebih baik lagi dari semasa ke semasa.
"Saya melawat Hospital Serdang hari ini untuk meninjau keadaan kerana saya difahamkan hospital ini mempunyai bilangan pelawat dan pesakit yang ramai setiap tahun sehingga keadaan sesak."
Najib bagaimanapun berkata beliau tetap bangga dengan tahap komitmen yang ditunjukkan oleh pentadbiran hospital, kakitangan, doktor dan jururawat bagi memberikan perkhidmatan terbaik untuk pesakit dengan mengurangkan masa menunggu.
"Kos perkhidmatan yang kita berikan ini adalah sangat rendah, umpamanya wad bersalin dikenakan bayaran RM50 untuk setiap bayi dan saya difahamkan wad ini mendapat sambutan hangat dalam kalangan para pesakit.
"Wad Kelas ketiga mengenakan (caj) RM3 sehari. Ini adalah antara bayaran terendah di dunia. Ini bermakna kerajaan dapat menyediakan perkhidmatan kesihatan yang bermutu dan berkualiti dengan harga yang sangat minimum," katanya.
Najib juga mengarahkan Kementerian Kesihatan untuk meneliti keperluan tambahan hospital seperti ambulans, tilam, katil dan kerusi, yang agak terhad dengan serta-merta.
"Saya minta Kementerian Kesihatan menjalankan tindakan susulan dengan segera supaya keperluan ini dapat dipenuhi dalam masa terdekat agar dapat memberikan keselesaan kepada pesakit dan pelawat," katanya.
Ditanya mengenai dana, Najib berkata: "Ia tidak memerlukan belanja yang besar sangat".
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Dr Chen Chaw Min
#Datuk Seri Najib Tun Razak
#Hospital Serdang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan