PM Najib lawat seniman Jins Shamsuddin

Bernama
Ogos 30, 2016 12:26 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melawat seniman veteran Tan Sri Jins Shamsuddin di rumahnya. - Facebook
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meluangkan masa melawat seniman veteran Tan Sri Jins Shamsuddin yang sedang uzur di rumahnya.
Najib dalam catatan di laman Facebooknya berkata beliau amat menghormati tokoh seni itu yang juga bekas anggota Dewan Negara.
"Saya dahulu membesar bersama karya-karya beliau. Beliau kini mengalami penyakit Alzheimer. Sama-sama kita doakan agar beliau sentiasa dalam lindungan Allah SWT," kata Najib.
Dalam catatan itu, perdana menteri memuat naik sekeping foto menunjukkan beliau bersama-sama Jins, 81, yang turut ditemani isteri Puan Sri Halijah Abdullah dan dua anak mereka, Putera Hang Jebat dan Putera Hang Nadim.
#lawat #Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak #Tan Sri Jins Shamsuddin #uzur