Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau ingin menjadikan Malaysia sebagai antara 20 negara terunggul di dunia dari segi pembangunannya namun pada masa sama rakyatnya tetap hidup dalam keadaan bahagia.
Katanya beliau tidak ingin melihat kemajuan Malaysia cuma diukur dari segi pendapatan perkapita rakyatnya sahaja tetapi mahu kemajuan Malaysia juga diukur dari segi kebahagiaan rakyatnya.
"Rakyat bahagia bererti kita nak bentuk sebuah masyarakat yang begitu selesa antara satu sama lain, kalau kita serasi antara satu sama lain, lepas itu kita saling hormat menghormati, bantu membantu tidak kira kumpulan etnik, budaya, agama... dan kita tetap menyanjung tinggi orang lain yang ada bersama-sama kita.
"Kalau inilah semangat yang ada pada kita, maka kumpulan yang ramai etnik pun tidak menjadi masalah dan tengoklah Malaysia, (contohnya) kita ada 250 kumpulan etnik di Sabah, tidak pernah ada konflik yang dahsyat sesama kita," katanya.
Najib berkata demikian ketika berucap pada majlis Ramah Mesra Perdana Menteri dengan Persatuan-Persatuan Etnik dan Kesenian Sabah di sini malam tadi.
Turut hadir pada majlis yang dihadiri 67 ketua kumpulan etnik berkenaan ialah Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman dan dua timbalannya Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan Datuk Seri Yahya Hussin serta beberapa anggota Kabinet negeri.
Justeru, kata Najib kepelbagaian etnik dan kaum serta agama tidak seharusnya menjadi penghalang untuk rakyat bersatu padu dan yang penting wujudnya sikap saling hormat menghormati antara satu dengan lain.
Bagaimanapun, perdana menteri mengingatkan rakyat supaya berwaspada terhadap kemunculan golongan tidak bertanggungjawab kebelakangan ini, terutamanya ketika musim pilihan raya sudah hampir tiba, yang cuba melaga-lagakan dengan memperalatkan etnik untuk memecahbelahkan perpaduan masyarakat.
Katanya kumpulan berkenaan sengaja menjadi batu api untuk menanam kebencian dalam kalangan rakyat pelbagai etnik dan kaum untuk mencapai cita-cita peribadi dan kuasa politik mereka.
Menurutnya kumpulan berkenaan tidak mempunyai agenda lebih besar seperti untuk membangunkan negara ke tahap lebih tinggi sebaliknya hanya ingin berkuasa dan menjadi pemimpin.
"Cita-cita peribadi tidak boleh dijadikan pertimbangan dalam kita nak memilih pemimpin untuk memerintah negeri dan negara kita. Kalau kita ikut dengan apa kehendak dan perasaan mereka, kitalah yang akan rugi sebab mereka akan gunakan kita mengikut keadaan.
"Hari ini dia cakap lain, esok dia cakap lain. Masa dia ada kuasa, dia cakap lain, hari ini dia cakap lain. Dulu dia buat lain, hari ini dia buat lain.
"Kalau macam begini, mereka ini adalah 'secara konsisten tidak konsisten'… jadi orang macam ini kita tidak boleh pakai sama sekali. Kita cuma boleh meletakkan kepercayaan kita kepada Barisan Nasioanl (BN)," katanya.
Menurut Najib, BN sudah membuktikan keupayaannya membangunkan negara, menolong semua kaum serta berupaya menyatupadukan rakyat sehingga mereka dapat hidup harmoni.
Pada majlis itu, perdana menteri turut mengumumkan bantuan dana sebanyak RM10,000 kepada setiap kumpulan etnik di Sabah untuk digunakan bagi melaksanakan aktiviti masing-masing.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 02 2018
Najib dan Musa bergambar bersama ketua-ketua kumpulan etnik negeri selepas majlis Makan Malam dan Ramah Mesra Bersama Kumpulan Etnik dan Kesenian Sabah malam tadi. --fotoBERNAMA
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Panduan Belanjawanku 2024/2025: Panduan nilai pendapatan cukup untuk hidup
Hafidzi Razali, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, membincangkan Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA) untuk membantu rakyat Malaysia merancang kewangan dengan lebih baik.
AWANI Ringkas: Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 13 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 13 Disember 2024
1️⃣ Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
2️⃣ Isu kadar premium insurans
3️⃣ Krisis Syria
#awaniringkas
1️⃣ Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
2️⃣ Isu kadar premium insurans
3️⃣ Krisis Syria
#awaniringkas
Tambah kuota haji: Mohamad sampaikan permohonan Malaysia
Malaysia telah menyampaikan permohonan kepada Arab Saudi agar kuota haji negara dapat ditambah.
Niaga SPOTLIGHT: The Generational Wealth Revolution – Millennials & Gen Z Redefining Wealth
By 2045, a staggering USD 84 trillion will move from the hands of Baby Boomers to Millennials and Gen Z in a massive generational transfer of wealth.
Millennials and Gen Z are emerging as both creators and inheritors of wealth, shaping a future where investing is driven by technology, values, and global perspectives.
NIAGA SPOTLIGHT features Nirbhay Handa, Co-Founder & CEO, Multipolitan, delving into how technology, sustainability, and value-driven investing is reshaping wealth management for younger generations and its impacts on the wealth management landscape.
Millennials and Gen Z are emerging as both creators and inheritors of wealth, shaping a future where investing is driven by technology, values, and global perspectives.
NIAGA SPOTLIGHT features Nirbhay Handa, Co-Founder & CEO, Multipolitan, delving into how technology, sustainability, and value-driven investing is reshaping wealth management for younger generations and its impacts on the wealth management landscape.
Kerajaan Syria gantung Perlembagaan, Parlimen tiga bulan
Satu jawatankuasa kehakiman dan hak asasi manusia akan dibentuk untuk mengkaji Perlembagaan dan kemudian memperkenalkan pindaan.
Kerajaan baharu Syria ucap terima kasih kepada negara yang membuka semula misi diplomatik
Lapan negara yang sudah membuka misi diplomatik mereka di Syria ialah Mesir, Iraq, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Jordan, Bahrain, Oman dan Itali.
PM Najib mahu jadikan Malaysia negara unggul, rakyatnya bahagia
Beliau tidak ingin melihat kemajuan Malaysia cuma diukur dari segi pendapatan perkapita rakyatnya sahaja tetapi mahu kemajuan Malaysia juga diukur dari segi kebahagiaan rakyatnya.