NATIONAL

PM Najib, netizen ucap takziah atas pemergian Iron Lady

Nursyazwani Saiful Sham 04/10/2017 | 11:52 MYT
Malaysia kehilangan seorang tokoh wanita yang menjadi idola ramai kaum hawa tidak kira usia. - Astro AWANI
Berita pemergian Allahyarham Datuk Maznah Hamid yang mengehembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN), di sini pada sekitar jam 6 petang tadi mengejutkan ramai pihak.
Datuk Maznah atau digelar Iron Lady sememangnya disegani kerana jasa dan baktinya dalam pelbagai bidang seperti perniagaan, keusahawanan, keselamatan, sosial dan politik.
Untuk itu, ramai yang mengambil kesempatan untuk mengucapkan perasaan duka cita dan salam takziah menerusi saluran media sosial.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Datuk Maznah Hamid yang meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada Rabu petang.
"Allahyarhamah Datuk Wira Dr Maznah Hamid tokoh wanita, kehilangan besar buat kita & juga keluarga saya. Moga roh dicucuri rahmat. Al-Fatihah."
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Seri Hishamuddin dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham menerusi akaun Twitternya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pemergian ‘Iron Lady’ mendapat pelbagai reaksi daripada seluruh lapisan masyarakat menerusi laman sosial Twitter.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Allahyarham Datuk Maznah Hamid mula mengorak langkah dalam dunia perniagaan pada tahun 1980 dengan hanya bermodalkan RM5,000.
Kerajinannya yang luar biasa untuk memajukan Securiforce terbukti semasa menguruskan operasi syarikat dengan turun padang untuk mengutip hutang, menjadi peronda dan pengawal keselamatan.
Selepas 37 tahun, Securiforce kini mempunyai 60 cawangan dengan lebih 4,000 anggota dan 600 kenderaan keselamatan moden.
#Datuk Maznah Hamid #Datuk Seri Najib #Iron Lday #Perdana Menteri #securiforce #takziah #wanita besi wanita waja