PM Najib, Rosmah sambut cucu, Adam Razak

Bernama
Ogos 25, 2017 02:35 MYT
Adam Razak merupakan putera kepada anak perempuan Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Nooryana Najwa. - Foto Twitter Najib Razak
Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi berita gembira mengenai kelahiran cucu lelakinya yang dinamakan Adam Razak.
Adam Razak merupakan putera kepada anak perempuan Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Nooryana Najwa yang bernikah dengan Daniyar Nazarbayev pada 2015.
"My new grandson, Adam Razak! Alhamdulillah, syukur kepada Allah, Gina dan baby kedua-duanya berada dalam keadaan sihat," katanya dalam catatan di laman Twitter beliau lewat malam tadi.

My new grandson, Adam Razak! Alhamdulillah, syukur kepada Allah, Gina dan baby kedua-duanya berada dalam keadaan sihat. pic.twitter.com/Ez4yNwCcmc

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) August 24, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam catatan itu, Najib memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan dirinya sedang meriba Adam Razak sambil diperhatikan Rosmah.
Berita itu mendapat perhatian netizen yang sama-sama berkongsi rasa gembira dan mengucapkan tahniah kepada Najib dan keluarga.
BACA: Majlis resepsi perkahwinan belah menantu Najib di Almaty, Kazakhstan
FOTO GALERI: Majlis pernikahan Nooryana Najwa Najib
-- BERNAMA
#Adam Razak #Daniyar Nazarbayev #Najib Razak #Nooryana Najwa #Rosmah Mansor #sambut cucu