PM Najib sertai Larian Obor KL 2017

Astro Awani
Ogos 6, 2017 04:54 MYT
Datuk Seri Najib Tun Razak berlari sambil membawa obor Sukan SEA sempena sambutan Larian Obor Sukan SEA Ke-29 dan Sukan Para ASEAN Ke-9 dari Menara Kembar Petronas ke Menara Naza, 6 Ogos 2017. -Bernama

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyertai Larian Obor KL 2017 bersempena Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para Asean kesembilan.

Perdana Menteri menyempurnakan larian beliau bermula dari pekarangan KLCC ke Menara Naza di Persiaran KLCC.

Larian bermula kira-kira jam 9 pagi sebaik perdana menteri menerima obor daripada ketua pegawai eksekutif Kumpulan Petronas Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin di pekarangan menara kembar Petronas KLCC.

Obor kemudian dibawa melalui pekarangan Hotel Traders di mana ia kemudian diserahkan kepada Datin Seri Rosmah Mansor sebelum kedua-duanya menyambung larian ke Menara Naza.

Larian itu turut diiringi lebih 200 pelari.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan pengerusi eksekutif Naza World Group of Companies, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin.

#Khairy Jamaluddin #Najib Razak #Naza World Group #Petronas #Rosmah Mansor #SM Faisal #Sukan Para ASEAN #Sukan SEA