Sanggup jual rumah untuk biaya kos penyertaan anak ke Pertandingan Catur Individu Sekolah Dunia 2017 di Romania.
Itulah yang dilakukan Salihin Ahmad, 45, kepada anaknya Afiqah Zahra, 7, yang akhirnya menyaksikan Afiqah mendapat tempat kelima dalam kejohanan itu.
Salihin yang juga merupakan jurulatih kepada anak-anaknya itu berkata dia terpaksa menjual rumah keduanya pada harga RM65,000 di Segamat.
Pemergian mereka turut ditemani seorang lagi anak Salihin, iaitu Nur Anisah, 17.
Ia berikutan tiada pihak yang sanggup membiayai kos mereka walaupun pernah memohon bantuan daripada Majlis Sukan Negara dan Kementerian Belia dan Sukan.
"Pengalaman saya sebelum ini membawa anak ke dua tempat (pertandingan) di Pattaya, Thailand dan di Korea menggunakan 95 peratus duit sendiri.
"Kemudian, memandangkan kos yang terlalu tinggi seperti hotel untuk penginapan dan penerbangan, kami terpaksa meminjam sementara menunggu proses (penjualan rumah)," ujar Salihin.
Usaha guru Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan Sungai Udang, Klang itu ternyata mendapat perhatian Perdana Menteri yang memberikan ucapan penghargaan atas pengorbanan Salihin dan tahniah kepada anak-anaknya.
"Pengorbanan Cikgu Salihin yang menghantar anak ke pertandingan itu adalah satu manifestasi komitmen dan kesungguhan ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Saya yakin bakat-bakat seperti ini perlu dipupuk dan ini pasti akan mengharumkan nama Malaysia," ujar Datuk Seri Najib.
Perdana Menteri menemui mereka selepas menghadiri majlis inisiatif 'Negaraku' yang dijayakan Malaysia Airlines di Perdana Putra di sini hari ini.
Raja Hisyam Raja Zaid
Wed May 03 2017
PM Najib bersama keluarga Salihin Ahmad, 45, dan anaknya adik Nur Anisah, 17, dan Afiqah Zahra, 7, yang menyertai Pertandingan Catur Individu Sekolah Dunia 2017 di Romania baru-baru ini semasa ditemui di Bangunan Perdana Putra hari ini. - Bernama
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
PM Najib terharu bapa sanggup jual rumah untuk bawa anak ke Romania
Salihin yang juga merupakan jurulatih kepada anak-anaknya itu berkata dia terpaksa menjual rumah keduanya pada harga RM65,000 di Segamat.