Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Khamis mengucapkan tahniah kepada Presiden China, Xi Jinping kerana dinaikkan kedudukan oleh Parti Komunis China sebagai pemimpin utama parti itu.
Perdana menteri, dalam ucapannya pada mesyuarat delegasi Malaysia bersama Xi di Rumah Tamu Negara Diaoyutai, beliau percaya di bawah pimpinan Xi, ia akan melonjakan China ke hadapan dan memenuhi impian rakyatnya.
Dalam menyatakan penghargaan atas layanan mesra dan resepsi oleh kerajaan China kepada delegasi Malaysia, Najib menyifatkan lawatan rasminya ke negara itu telah menempa kejayaan yang amat besar.
"Wawasan anda mengenai perkongsian strategik yang menyeluruh di bawah inisiatif One Belt, One Road dan Laluan Sutera Maritim bukan sahaja diterima malah dilaksanakan," katanya.
Sementara itu, Xi pula memuji Najib dalam usahanya mempertingkatkan hubungan dua hala ke tahap yang terbaik dan semakin meningkat bagi mencapai tahap baharu yang lebih tinggi.
Beliau berkata hubungan Malaysia dan China perlu terus diperkukuhkan dalam pelbagai bidang.
Xi, yang turut menyampaikan salam buat Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, berkata beliau amat gembira melihat visi di bawah kerjasama strategik komprehensif antara Malaysia dan China telah tercapai.
Sementara itu, pada sidang media dengan wartawan Malaysia, Najib berkata beliau turut memaklumkan kepada Xi bahawa usaha Malaysia untuk menwujudkan Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) adalah antara usaha Malaysia menterjemahkan dasar 'Satu Jalur, Satu Jalan' China, serta 'One Belt, One Road' China.
Pembinaan Pelabuhan Kuantan dan Melaka Getaway pula untuk dasar Laluan Sutera Maritim di Abad ke-21 negara itu, katanya.
Beliau berkata pada pertemuannya dengan Xi itu, beliau turut menjemput Xi untuk mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia pada tahun depan, memandangakan lawatan rasmi pertama Xi adalah pada 2013.
Lawatan Xi itu nanti bertetapan dengan perasmian cawangan universiti awam China di Malaysia, iaitu Universiti Xiamen yang dijangka siap suku pertama tahun depan.
Katanya beliau telah menerima jemputan Xi untuk menghadiri Persidangan 'Belt Road' pada Mei tahun depan yang turut dihadiri oleh negara-negara lain.
Beliau berkata perbincangannya dengan Xi juga turut meliputi kerjasama ketenteraan dalam usaha menangani keganasan, isu Laut Cina Selatan dan pembinaan tapak Sukan Winter 2022 oleh syarikat Malaysia Genting Forest Secret. -- Bernama
Bernama
Fri Nov 04 2016
Najib bersama Xi Jinping di Rumah Tamu Negara Diaoyutai pad Khamis. - fotoBERNAMA
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
PM Najib ucap tahniah kepada Xi Jinping
Perdana Menteri Malaysia mengucapkan tahniah kepada Presiden China, Xi Jinping kerana dinaikkan kedudukan oleh Parti Komunis China sebagai pemimpin utama parti itu.